Wednesday, July 6, 2011

Back To Life

Aku kembali pada satu tempat yang tidak berapa asing pada hari ini. Tempat nyawa ku disambut. Dan mungkin tempat nyawa ku mati. I smell anxieties, I smell worries and I do smell bloods. Too much pain & joy in a same row. Too confuse to at least share the feeling's spell.

Sedang aku tengok dan renung satu persatu wajah yang penuh ketakutan, ceria dan jengkel, aku lihat satu sudut.
Satu sudut putih diselaputi amah usia dan ditelan warna.
Satu kumpulan di sudut itu.
Satu keluarga, sama cerita.
Berpelukan, menangis.
Aku tertanya, apa ceritanya? Sedih atau gembira?
Mereka berpaling dan memberikan satu senyuman paling sayu kepadaku.

Aku terdiam. Terus aku buang pandang jauh-jauh, hati aku menggeletar takut akan tempat ini.
Takut akan bau-bauan itu.
Takut akan pandangan yang berbeza-beza dari mereka.
Aku takut pada semua.

Sedang aku berteleku fikirkan saat-saat aku pernah berada di tempat yang lebih kurang sama dan keadaannya berbeza, ada seorang nenek tua menegur.
Khabarnya ingin menerima orang baru.
Jelas terpancar cahaya kerisauan dari matanya.
Aku hanya membalas dengan memberikan senyuman paling ikhlas dalam dunia.

Bertanya pada diri sendiri, adakah begini sama keadaannya semasa aku disambut nyawa satu ketika dulu??

Kalau benar ianya perkhabaran gembira, bagaimana pula dengan keadaan mereka yang hilang nyawa?
Atau...
Mereka memberi setiap satu nyawa baru dengan menarik nyawa lama?
Masih, bersyukur kah kita dengan nyawa kita?

Sedang aku menggigil teruk, abang aku gamit tangan aku, masuk ke dalam wad wanita berpakaian pink comel dan bau bayi berlegar.

Aku senyum dan berpaling kepada nenek tua tadi, dia melambai tangan kepadaku dan menangis.
Satu kondisi yang kontra dan aneh.
Dan aku masih dapat rasakan bayang-bayang aku sendiri pada suatu hari nanti, bergerak ke dalam kelompok yang ada di sudut putih itu.
Mencari nyawa yang separuh hilang.