Monday, May 27, 2013

Yoga

"Awak buat apa?", tanya Amran.


"Yoga", jawab Qish. Tenang.


















































Baby

Malam yang dingin dan sunyi itu melenakan para nyawa dengan dengkuran yang enak didengar. Di bahagian utara pula, Nini sedang sesak dalam tidur. Udara yang disedut bagai tersekat, tak sampai. Dalam antara sedar, kenangan lama menjelma semula. Kenangan indah yang meragut keistimewaan gadis. Kenangan yang dipenuhi nafsu syaitan beraja.

Nini terjaga dari tidur dengan peluh masam melekat basah di cadar tilam bercorak merah putih. Nini duduk memeluk lutut sambil memejam mata rapat-rapat. Suara kanak-kanak memanggil namanya kedengaran  makin dekat dan makin kuat. Menggeletar Nini menarik tangan mendekati telinga dan menekupnya erat sambil kepala digelengkan laju. Takut.

Setelah hampir 15minit berada dalam keadaan yang menyesalkan, Nini memberanikan diri untuk membuka mata. Pandangannya disapu pemandangan bewarna putih kosong. Nini bangun mencari arah cahaya. Tempat putih itu kelihatan tenang sebelum secara tiba-tiba langit bewarna putih bertukar menjadi gelap kehitaman. Nini yang tadinya ingin mencari arah cahaya berlari setelah langit hitam seperti memayunginya dan mengejarnya. Semakin lama semakin gelap. Tiada lagi warna putih. Yang ada hanya pekat hitam macam malam. Tanpa lampu, tanpa bintang.

Dalam sunyi bertemankan gelap, Nini terdengar hilaian ketawa kanak-kanak makin mendekat. Nini cuba untuk bangun tetapi kaki Nini seolah diikat. Seperti permukaan yang dilabuhkan punggungnya sebentar tadi, memang sudah sengaja disimbah gam gajah. Nini tidak boleh bangun. Nini tidak boleh lari.

Hilaian kanak-kanak itu kini bertukar menjadi jeritan.

"Mama!!"

Jerit si kembar kecil yang sedang berlari dalam gelap ke arah Nini dan semakin mereka menghampiri Nini, ada satu cahaya terang yang mengekori. Mereka memeluk Nini sambil Nini cuba membuka mata untuk melihat raut si kembar. Kanak-kanak kembar yang mukanya tiada, kakinya dimakan ulat serta kulit yang penuh nanah memeluk Nini erat-erat. Dan, setelah beberapa ketika, kanak-kanak kembar itu kelihatan menjauh dan badan Nini ditarik ke dalam tanah. Nini ditanam hidup-hidup oleh angin kuat. Badan Nini tenggelam sehingga hampir ke dasar yang penuh ular berbisa dan juga kala jengking tidak bewarna. Bau hanyir memenuhi ruang padang yang asalnya bewarna putih.


............................................................................................................................


"Awak, saya mengandung...apa kita nak buat ni?", ujar Nini resah setelah melakukan ujian kehamilan. Boyfriend kesayangan yang menanti di luar pintu tandas, jelas menunjukkan raut terkejut. Masing-masing berpeluh, takut.



"You gugurkan baby tu."

Saturday, May 18, 2013

Berlakon

Bunyi menjerit secara langsung dari luar pintu bilik di ruang tamu membuatkan aku mengeluh. Kali ini agak keras. Situasi yang sama setiap hari. Kucing pun reti penat bila bergaduh. Paling tak pun, habis gaduh kang make out balik. Membontot tanpa peduli di tengah-tengah jalan raya lepas tu kena baling pasir dengan segerombolan kanak-kanak kecil yang tengah seronok main selipar tiga. Padan muka. Kacau pemandangan suci.

Aku buka pintu bilik dengan agak kuat. Kelihatan dua orang budak lelaki yang sedang menjerit sambil menangis. Mungkin si abang baru lepas menendang si adik. Mata aku tertancap pada kaca tv yang sedang menyiarkan siri kartun kegemaran. Spongebob Squarepants. Aku sorok senyum aku bila ternampak sekali imbas Patrick yang sedang cuba memasukkan tangan tanpa jarinya ke dalam lubang hidung.

Dua budak lelaki yang sedang menjerit langsung tak mempedulikan kedatangan aku. Menunjukkan sebenarnya sakit mereka makin parah. Sakit jiwa yang tak dibentuk dari kecil. Salah siapa? Ah mungkin dah terbiasa dengan suasana tak pernah dirotan, buat mereka angkuh angkat dagu pada sesiapa sahaja. Juga pada aku. Yang lebih tua dari mereka. Kalau itu lah anak yang lahir dari perut aku sendiri, akan aku jentik-jentik lengan dan lumurkan cili merah kepada bibir mereka. Untuk peringatan. Supaya hormat yang lagi tua -- tak kira darjat apa -- tak kira walau cuma makan gaji atau pun menjadi kuli buta.

Mereka bertelagah menjerit tanpa henti yang makin membingitkan lubang telinga. Sambil mencampak nasi ke arah satu sama lain. Baru ingat nak tegur secara berhemah, tapi bila melibatkan rezeki dan kaki yang sama level dengan nasi, buat darah aku mendidih. Gaduh lah bertumbuk pun, tapi jangan depan rezeki. Memang kepantangan aku.

Terus aku berlari ke bilik semula dan mencapai botol mineral besar yang sarat dengan air masak penuh dan menyimbah ke arah kedua-dua nya sekali. Jeritan mereka terhenti. Sambil mata masing-masing menjeling ke arah satu sama lain dengan raungan tangisan yang annoying, mereka menyalahkan satu sama lain. Aku terus memuntahkan suara ber tone selamba ;

"Stop it, I'm sick of you. You immature creatures, you arrogant, can't be scold, spoiled - just stop this fight. Ini depan rezeki. Umur dah besar bergaduh entah apa-apa. If I heard any of you screaming again - Imma record the fight and Imma upload you both on Youtube. Biar semua tahu, perangai kamu."

Dua-dua terdiam bila aku melayangkan henfon yang sebenarnya memang dah hazab dan tak cukup pun memory nak record video. Aku tanya soalan lagi, "dah sembahyang belum?". Dua-dua cakap dah. Aku senyum. Agak sinis.
"Masa bila? Tak nampak pun?"
Dan si adik meluahkan kata - yang aku tak endah langsung untuk masukkan dalam kepala.
"I know you're lying. I can't see but God knows"
Pun, masih mempertahankan penipuan.

Aku tarik lengan si adik ke dalam tandas. "Show me how. Ambil air sembahyang. Now". Dan sambil menangis si adik mengambil air sembahnyang - yang sangat lompong. Aku suruh ambil semula. Dan dia menurut dalam tangis.

Dan walau macamana konon dengan bersungguh mereka berdua berpakat menyatakan mereka sudah menunaikan kewajipan mereka, aku menyuruh lagi sekali. Sembahyang depan aku. Depan mata aku. Because I know, I really know how these kids berlakon. When your parents asked you even forced you to pray, you'll go to the toilet, you'll basahkan sikit tangan, muka, dahi, kaki, you'll go to your room - sitting or doing nothing for another 5-10minutes and you'll go out - telling your parents that you've done with your prayers.

I just. Knew.

Friday, May 10, 2013

Blacken heart

It's hard for me to not overthink or just stay still on my couch worrying nothing. It's a tough, cruel world out there to not be trusted. You'll never know how I feel - growing up with such dramas including lunatic people come and go.

I hate this feeling. I hate it. To not be able pulling back my hatred, I super hate it.





Wednesday, May 8, 2013

Redha


"Betul kamu nak kahwin dengan Hisyam?", soal abah tenang sambil memandang aku dengan pandangan penuh, khas untuk aku. Aku angguk kepala sambil membalas pandangan abah. "Siapa keluarga dia?", soal abah lagi. Langsung aku beri satu nama yang biasa sangat didengar di kampung. Abah angguk kepala perlahan-lahan sambil berjeda sebentar.

"Siapa ayah Hisyam?"

Terus aku rasakan derauan darah di dalam badan di pam kan secara laju ke jantung aku. Aku geleng. Laju. Tanda tidak tahu.



...............................


Pertunangan aku dengan Hisyam dilangsungkan dengan agak tergesa-gesa. Disebabkan Hisyam yang kini bertugas tidak menentu membuatkan kami sepakat untuk bertunang terlebih dahulu. Hisyam menjemput aku dengan teksi di hadapan rumah sewa ku untuk sama-sama pulang ke kampung kami yang terletak di selatan. 

Dalam perjalanan pulang menaiki teksi yang disewa Hisyam, aku tersentak mengingatkan baju tunang aku yang sudah siap berjahit tangan yang tertinggal di rumah sewa ku. Kami berdua mengarahkan pemandu teksi untuk berpatah semula ke arah rumah sewa ku sambil aku memegang dada, cuba menghentikan debaran yang semakin menjadi-jadi. Aku berisghtifar di dalam hati.


Pertunangan kami berjalan dengan lancar. Selesai sahaja doa selamat demi meraikan majlis pertunangan yang baru berlangsung, Hisyam pantas meminta diri untuk pulang dan bersiap sedia untuk menjalankan tugasnya yang bekerja di ibu kota. Aku dan adik beradik ku duduk berkumpul di ruang tamu rumah kayu yang menjadi tempat berlindung kami adik beradik sedari kecil. Menjadi tunangan kepada Hisyam membuatkan aku merasa sedikit lega kerana Hisyam merupakan pilihan aku sendiri. Tetapi, entah kenapa, ada satu rasa sayu yang menjentik tangkai hati sedari tadi. Rasa sayu yang aku sendiri tak mengerti. Bukankah aku patut ketawa bahagia, kini?

Malam itu, kami sekeluarga berjemaah bersama. Usai solat Maghrib seperti biasa, abah memulakan rutin hariannya. Memberi tazkirah, berkongsi pengalaman dan bercerita kisah-kisah nabi kepada kami adik beradik sementara menunggu azan Isyak dilaungkan.

Malam itu, topik yang disampaikan oleh abah ialah qada' dan qadar. Lama aku cuba memahami setiap patah kata yang keluar dari mulut abah. Tiba-tiba abah memandang aku dengan pandangan sayu yang membuatkan aku tertanya-tanya. Kenapa bah?


.......................................................


Memori 39tahun yang lalu itu membuatkan aku pantas mengusir air mata yang laju jatuh ke pipi. Rindu arwah abah yang dah tak ada. Sambil memahami maksud yang cuba abah sampaikan kepada aku satu ketika dahulu, aku berisghtifar. Mengingatkan setiap kejadian yang dilalui, adalah dari suratan takdir qada' dan qadar aku. Aku percaya abah tahu sesuatu sebelum aku rasa dengan mata hati.

Aku bingkas bangun ke dapur menyiapkan makan malam untuk Hisyam sambil memandang Hisyam sekilas yang tidak putus-putus dengan telefon bimbitnya - menghubungi isterinya yang lagi satu.

Rindu abah, bisik aku dalam hati. Hingga kini, perasaan kesal tidak dapat menjawab soalan abah masih beraja di hati. Siapa ayah Hisyam? Soalan itu bergaung di ruang kepalaku.









"hendaklah kamu mencari pilihan kamu sendiri dari keturunan yang baik-baik, keluarga yang baik-baik. Berdoa lah kepada Allah untuk menguatkan kerukunan dan kerohanian rumahtangga kamu"

Thursday, May 2, 2013

Ulangtahun

Masing-masing duduk menyandar di dinding dengan jarak yang hampir memakan 1meter. Kalau ambil gambar, dah boleh crop dah sorang satu. Tinie menjeling Zaid sekian kalinya sambil mengelap peluh yang membanjiri seluruh badan setelah puas mereka bertumbuk hampir sejam yang lalu. Bertumbuk yang bersungguh.

Air mata yang merembes tak langsung Tinie peduli. Tinie akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam bilik yang menjadi satu-satunya bilik tempat rehat mereka berdua jika mereka tidak bertelagah. Senak perut dan lenguh bahu yang dihadap, ditelan sendirian.

Menjadi pasangan ego dan keras kepala kerap benar meleret ke alam pergaduhan yang tercetus secara sendiri. Tinie si kuat cemburu dan Zaid yang panas baran tetap ingin memenangkan ego dan nafsu syaitan yang sentiasa menghasut untuk bergaduh. Bukan tak sayang tapi, tak siapa faham. Bagi mereka, pergaduhan itu hanya satu jenis ubat kali dalam bercinta. Cuma cara mereka yang berlainan membuatkan orang lain memberi pandangan jelik.

2hari sebelumnya, Tinie ditinggalkan sendirian di dalam rumah cinta mereka membuatkan Tinie tidak dapat mengawal emosi dan menjerit ke arah Zaid dengan tujuan inginkan perhatian. Tinie mana mampu tahan sunyi. Kemana sahaja Zaid pergi, akan Tinie ekori. Tapi 2hari sebelum itu, Zaid busy. Dia dah tinggalkan Tinie cerita-cerita penuh dalam hardisc untuk Tinie tonton bila dia tak ada, tapi biasalah perempuan, emosi Tinie yang kurang stabil membangkitkan amarah Zaid.

Melayan mata yang berat akibat penat bertekak membuatkan Tinie tertidur hampir 3jam lamanya. Tinie terjaga dalam keadaan yang berselimut dan kipas meja yang menghala kearahnya, membuatkan Tinie selamat dalam sejuk dan tak langsung merasa panas. Tinie buka pintu bilik perlahan-lahan sambil kaki menjengket melangkah keluar. Terlihat susuk tubuh Zaid yang sedang tidur lena atas lantai kosong tanpa alasan di ruang tamu rumah cinta mereka.

Tinie akhirnya merenung lama ke wajah manis itu. Tak kacak, tapi manis. Dimana entah aura manis itu, Tinie sendiri pun tak tahu. Tinie melangkah kembali ke ruang bilik dan terpandangkan sesuatu diatas meja berdekatan kipas angin. Kad kecil yang dipotong dari manilakad bewarna hitam sebesar saiz kad-kad nama. Tinie ambil dan baca kad kosong itu yang dihias tulisan kecil pen bewarna silver.

"Selamat ulangtahun, bodoh! :)"


Tinie senyum sambil kaki melangkah ke bahagian ruang tamu semula dan merebahkan badan di atas dada Zaid yang terdedah.