Monday, April 29, 2013

Untung

Lengan baju yang membataskan pergerakan tangan Hafzan, pantas disinsing. Tumbukan yang dituju ke rahangnya, berjaya dielak. Bertalu-talu Hafzan membalas pukulan yang mengebaskan kakinya sebentar tadi. Hafzan akhirnya mengeluarkan sebilah pisau kecil yang disimpannya di dalam poket seluar jeans tiruan lusuh jenama Levis dan akhirnya mengacahkan pisau itu kepada pihak lawan. Entah dari mana silapnya, kaki Hafzan tersadung batu-batu kecil yang terdapat di lorong gelap itu dan akhirnya secara tidak sengaja, tubuh Hafzan makin menghampiri pihak lawan sehingga pisau tersebut tertusuk ke pangkal dada seorang lelaki muda.

Terduduk lelaki itu dan pergaduhan yang tadinya hingar bingar terus terhenti. Masing-masing memandang ke arah lelaki muda yang berlumuran darah yang sudah terbaring menyeringai di lorong gelap itu. Sepantas itu juga mereka berlari, menjauhi tempat kejadian, meninggalkan lelaki muda itu bersama Hafzan yang sudah terduduk.

Hafzan mendekati lelaki muda itu perlahan-lahan. Dapat dilihatnya hembusan nafas lelaki muda itu yang tidak teratur. Hafzan berjeda seketika sebelum mencabut keluar pisau yang masih melekat di pangkal dada lelaki muda itu sekuat hati. Terus tubuh itu mati terhenti dari segala pergerakan. Hafzan pantas melarikan diri sejauh mungkin sambil meraung di dalam hati. Aku dah bunuh orang! Aku dah bunuh orang!!!

Senja itu, Hafzan pulang ke sebuah pondok yang masih kelihatan kukuh. Bacaan ayat suci yang bergema seiring dengan tarannum Bayati yang sempurna membuatkan Hafzan menghentikan langkahnya. Sambil memeluk erat bungkusan roti, Hafzan memberi salam dan melangkah masuk ke pondok itu. Seorang perempuan tua yang berumur dalam lingkungan 60an bertelekung lengkap menghentikan bacaannya dan memandang ke arah Hafzan sambil tersenyum.

"lambat balik, banyak kerja ke?", tanya perempuan tua berwajah tenang itu kepada Hafzan. Hafzan angguk sebelum meletakkan bungkusan roti tadi di hadapan perempuan tua itu. "ajan belikan roti ni untuk mak? beruntung mak ada anak macam ajan. semoga murah rezeki kita, terima kasih ye nak...", bersungguh perempuan tua itu menyampaikan kata.

Hafzan berlalu ke bilik air yang terdapat di dalam pondok itu sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi.

Wednesday, April 24, 2013

Skandal

Lelaki yang berstatus suami kepada seseorang itu menuturkan kata-kata dengan penuh berhati-hati sekali. Alis matanya yang tebal, hidung yang sederhana mancung dan berkumis kemas, mampu membuatkan para gadis menoleh tak lebih dari sekali ke raut wajah yang beriak tenang itu. Bonus dengan kot hitam yang membuatkan penampilannya gah bagaikan lelaki metropolitan yang sering kita lihat dalam kaca tv. Ketinggian yang melebihi 180cm dan badan yang tegap membuatkan beliau kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

10minit sebelumnya, lelaki itu menapak ke sebuah restoran eksklusif dan mencari teman temu janjinya. Setelah terpandang kepada susuk tubuh wanita yang juga persis model, berambut ikal bewarna hitam yang sedang termenung di satu sudut yang agak tersorok di dalam restoran mewah itu membuatkan lelaki itu tersenyum. Cocktail dress yang agak ketat di bahagian dada wanita itu dipandang sekilas sebelum melangkah penuh gaya ke meja yang didudukinya.

Keadaan yang agak tegang dengan riak sombong wanita cantik itu mula berubah. Ternyata lelaki itu pandai menggunakan kuasa yang ada. Kuasa berbicara yang manis untuk didengar oleh halwa telinga. Wanita cantik rambut beralun tadi yang pada mulanya memandang lelaki itu dengan riak marah, kini melebarkan senyum manisnya.

Tiba-tiba, telefon bimbit lelaki itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk tetapi lelaki itu hanya memandang sipi nama pemanggil sebelum meletakkan telefon bimbitnya kepada profil senyap. Wanita cantik itu meminta izin untuk ke bilik rehat dan telefon bimbit lelaki tadi bergetar untuk sekian kalinya. Kali ini merupakan hanya satu pesanan ringkas. Tertulis nama penghantar mesej "Isteriku" dan mesej yang tertera "bila abang nak balik?".

Pantas lelaki itu memadamkan mesej tersebut dan setelah wanita cantik itu keluar dari bilik rehat, lelaki itu mempelawa wanita cantik itu ke rumahnya. Wanita itu senyum malu sambil menundukkan wajah dan menggeselkan bahunya yang terdedah kepada lelaki itu.

Perjalanan yang tidak lebih dari 30minit itu berakhir di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat yang kelihatan gelap. Sambil berpegangan tangan, lelaki itu menjemput wanita berambut alun yang cantik untuk melangkah masuk ke rumah.

"Isteri you mana?", soal wanita itu kepada si lelaki yang berstatus suami. "dia ada dekat rumah I yang lagi satu", balas si lelaki sambil membuka kot hitam nya perlahan-lahan dengan penuh gaya. Wanita cantik itu terus menelan air liurnya semasa langkah lelaki itu makin hampir. Lengan sasa yang membuktikan lelaki itu menjaga kesihatan dan bersenam membuatkan wanita itu makin lemah. Wanita itu hanya mengikut gerak yang diaturkan lelaki itu sehinggalah sampai ke satu bilik tidur yang agak besar di tingkat atas.

Lelaki itu mengucup telinga wanita tersebut membuatkan wanita itu mendengus perlahan dan memejam mata rapat-rapat. Bergelora nafsu nya setelah dilayan dan disentuh sebegitu rupa. "Tunggu kejap, nanti I datang balik", bisik lelaki itu lembut selepas melepaskan tautan bibir mereka berdua dan wanita cantik itu hanya mengangguk. Setuju.

Keluar sahaja lelaki itu dari ruang bilik tidur, wanita itu tedengar bunyi yang datang dari bilik air yang berada di dalam bilik tersebut. Dengan penuh hairan, wanita cantik itu melangkah ke arah bilik air berserta debaran. Belum sempat wanita itu menolak daun pintu, pintu bilik air itu telah dibuka dari dalam dan seseorang telah merempuh wanita itu sehingga wanita itu jatuh. Wanita cantik itu tidak diberi peluang untuk bangun dan terus diikat tangannya dan disalotape mulutnya dan kemudian diseret ke satu kerusi dan badannya diikat pula disitu.






Lelaki yang tadinya meninggalkan wanita cantik itu kembali semula memasuki ruang bilik tidur itu. Melihatkan wanita cantik itu diikat di kerusi membuatkan lelaki itu terus tersenyum. Lelaki itu menapak ke arah seorang lagi wanita yang bertubuh agak comel dan menciumnya rakus. Membuntang mata wanita cantik itu melihat adegan itu. Lelaki kacak itu sedang mencium wanita yang telah mengikatnya di atas kerusi tadi!

"Lambat sangat abang balik, nasib baik habuan cantik", kata wanita bertubuh comel itu kepada sang suami sambil menjeling ke arah wanita cantik itu yang ternyata bingung dengan apa yang terjadi. "Mestilah saya dapatkan yang bagus dan cantik, untuk kita juga", balas suami. Tanpa mempedulikan wanita cantik itu yang duduk diam diikat di kerusi, pasangan suami isteri itu terus melakukan aksi cinta mereka di atas katil tanpa seutas benang di badan.

Setelah selesai urusan mereka, mereka berdua bergerak ke arah wanita cantik itu sambil memegang pisau tumpul di tangan masing-masing. Perlahan-lahan mereka menekan bucu pisau yang tumpul dan berkarat itu ke dalam kulit wanita cantik itu. Meronta wanita itu ingin melepaskan diri dari kesakitan yang azab.

Pasangan suami isteri itu kemudiannya melapah kulit wanita cantik itu dan meratahnya perlahan-lahan sehingga masing-masing terdampar kekenyangan.

Tuesday, April 23, 2013

Sakit

Kali ni Isha meraung sekuat-kuatnya. Meraung sehingga hilang suara. Sedikit pun Isha tak peduli akan dada yang makin sakit. Bertubi-tubi Isha menumbuk bantal sekuat hati tanpa mempedulikan deras air yang menari laju keluar dari tubir mata. Sambil ketap bibir, Isha memanggil nama tuhan berulang-ulang kali dalam hati, pantas membuatkan Isha makin kuat meraung. Isha malu dengan diri sendiri. Bila dah sedih baru ingat tuhan. Isha pandang kosong telekung putih yang tergantung di sudut bilik itu. Dan, raungan Isha makin menjadi-jadi, "maafkan aku tuhan, aku tak mampu.. aku tak mampu untuk menghadap Engkau secela ini, aku tak mampu..".Mengongoi Isha seperti hilang nyawa sambil mengucap kuat.

Bayangan 9tahun lalu singgah di kepala Isha.


Pintu bilik tidur Isha berbunyi perlahan, tanda ada manusia melangkah masuk dari luar. Isha pantas kalihkan badan menghadap pintu. Tertera wajah umi yang masih lembut dimata Isha. Tapi kali ini, muka umi keruh. Malam sebelumnya, abang-abang dan adik Isha semua berkumpul di rumah ini. Rumah yang tidak asing lagi. Rumah sewa sang bapa.

Umi duduk di birai katil sambil merenung Isha. "kenapa mi?", soal Isha. "umi nak cakap sikit, tapi isha jangan marah dulu ye?". Permintaan umi membuatkan jantung Isha berderau. "apa dia umi, cakap jelah?", laju Isha memotong, tak mampu lagi untuk menunggu. "ayah dah kahwin lain..", serentak itu, degupan jantung yang sedari tadi berdegup kencang, bagaikan terhenti. Terbayang muka sang ayah yang dihormati. Menangis Isha teresak-esak tanpa mahu disentuh umi..

Ya. Isha memang kolot. Isha sedih sebab bagi Isha perkahwinan patut terjadi hanya sekali. Isha pedih kerana bagi Isha, umi tak layak langsung diduakan. Pekerjaan ayah membuatkan umi sering ditinggalkan sendirian sedari muda lagi malah ketika umi mengandungkan abang Isha yang sulung sehinggalah bersalin, semuanya umi hadap sendirian.

Kasih umi terlalu agung membesarkan kami adik beradik. Bila ayah bercuti panjang, barulah kami merasa ada hero. Selama ini hanya umi hero kami. Dia mendidik kami dari kecil hingga masing-masing berjaya. Seorang diri. Ayah yang hanya ada pada nama tak langsung mencacatkan keluarga kami kerana kami tahu, kami lah kekuatan umi. Jadi, kenapa ya tuhan? Perempuan sebaik umi diuji?


Bertahun-tahun Isha membekukan diri dari perasaan pedih. Bila kadangkala ayah menjenguk ke rumah, Isha hanya akan tayang muka beku. Tapi malam ini, Isha tewas. Rindukan pelukan dari sang ayah yang tak pernah Isha dapat. Rindukan ciuman di ubun-ubun kepala Isha macam selalu umi buat.

Isha dah besar yah, kenapa tarik masa remaja Isha? Tak sempurna rasa ni yah, kenapa yah?


Sambil mengongoi, Isha keluarkan telefon bimbit dan mencari satu nama di antara senarai nama yang terdapat di dalam telefon. Pecah lagi tangisan Isha kerana Isha tahu apa yang dihajati, tak mungkin akan Isha miliki. Dirinya sopek, capik dengan kasih sayang yang dia tahu dia tak akan dapat. Dirinya lompong kerana tak pernah merasa menjadi daddy's little girl sejak kecil. Rindu dendam yang ada dalam hati yang tidak pernah terluah, Isha pujuk perlahan-lahan sambil menepuk dada. Isha pejam mata, rapat.

Monday, April 22, 2013

The purple lake



I threw my big guts over you, 2years ago. As I was fall into pieces, I wrote your name on my palm. But it gets sweaty afterwards, your full name seems disappeared. And then I feel completely lost.
I once been told about precautions that I neglect. But when everything is like comes across my mind, I eager to nod. There you go, the spell is working, when your ears can't really sees the facts.

Here I am now, at the same place, sitting under a big yellow tree and reminiscing some good and bad stuffs that have had happened. And here you are, before me floating in the purple lake. I can't see your both feet but I can surely see your hands. You call my name with your sweetest voice and I walk slowly towards you. 
Everything is so right until I can't barely breathe anymore. The purple lake is now filled with black-reddish color that gotten me losing the air. I was suffocating, dying and drowning.

Sunday, April 21, 2013

Dawn

She walks slowly down the hill as she's panting and needing some air to move on. 
She's literally sicks but yet she's too strong to show the weak side of her to the whole world.
As she sees the beautiful red clouds making conversations to themselves, she stands still and wonder.
Wonder of what is might going on in the future.
The red clouds seem staring at her, giving her some thoughts.
And yet, she moves on and hold her chest tightly as she feels like the heart's going to fall.

The amazing dawn accompany her walk, to a long dark brown bench.
She attempts to lie down and gives some minutes to rest,
When suddenly she overheard a fight in her own head.

"I never wanted her in this life, I never wanted her to be mine",
And the fight keeps on going but this time, there's screams include.
She closed her eyes and let the tears wet down her face.
And mumbles in such voice, "I just want this pain to end".





Thursday, April 18, 2013

The mysterious voice.

Terpelanting terus putung rokok Kery nun jauh ke dalam longkang. Bunyi kuat yang datang dari semak berdekatan dengannya membuat Kery hampir hilang nafas dek terkejut. Kery yang sedang mencangkung di tepi longkang itu kaku. Kaget. Berdebar-debar untuk mengetahui akan punca yang mendatangkan bunyi yang agak pelik itu. Hendak kata seperti binatang, tak mungkin. Habis, apa benda?

Beberapa ketika kemudiannya, bunyi itu hilang. Terus Kery memberanikan diri lalu bangun menuju ke arah semak itu. Terkial-kial tangan Kery menepis daun-daun dan rumput yang agak meninggi tidak terjaga meliar di kawasan kebun terbiar itu. Setelah hampir dengan satu timbunan pokok yang berdaun tebal dan berduri, Kery menyelak satu-satu juntaian daun dengan hati bergelodak dan debaran kencang di dada.

Tak ada apa pun? Getus hati kecil Kery. Belum sempat Kery menoleh, Kery terdengar suara seperti mendesah tidak jauh dari semak yang mencetuskan bunyi aneh tadi. Bunyi seperti suara perempuan. Tetapi Kery tidak pasti sama ada suara yang didengarnya sedang menangis atau ketawa. Sedikit aneh dan meremangkan bulu roma.

"jangan tinggalkan Fin bang", seorang perempuan berpakaian pengantin lengkap dengan selendang menutupi kepala sedang merayu disisi seorang lelaki yang tidak Kery nampak raut wajahnya. Lelaki itu hanya memakai singlet pagoda yang lusuh dan berseluar tracksuit. "awak dah bernikah fin, awak bukan milik abang lagi, kita tamatkan kisah kita disini fin...", tegas lelaki itu membalas dengan nada rendah.

"tapi fin tak pernah nak kan perkahwinan ni bang...kalau tak kerana wasiat tok ayah fin tak rela bang. fin tak rela! fin tak kenal pun suami fin tu abang. tolong fin bang...", terus-terusan perempuan manis itu menangis. Kemudian lelaki itu membisikkan sesuatu dan perempuan manis itu terdiam. Belum sempat mereka berdua memulakan langkah, kedengaran beberapa suara manusia menjerit. "Kejar!! kejarrr!!! jangan bagi mereka lari!!", gegak gempita kawasan kebun itu dengan jeritan dari seseorang.

Perempuan manis dan lelaki itu melarikan diri sambil berpegangan tangan menghala ke sungai kecil. Malang sungguh nasib mereka setelah dikepung oleh beberapa orang lelaki. Salah seorang nya memakai sepersalinan baju yang sama warna dengan perempuan itu. Lelaki-lelaki yang lain pula sibuk membelasah lelaki bersinglet lusuh pagoda dengan bersungguh-sungguh. Menjerit-jerit perempuan manis yang dipanggil fin itu menyuruh mereka untuk berhenti memukul.

Tiba-tiba lelaki yang berpakaian pengantin, menolak tubuh fin jatuh ke tanah. Sambil tangan menampar raut wajah yang manis itu bila fin cuba untuk melawan. Dirobeknya baju kebaya pengantin fin dengan rakus dan mencium seluruh wajah fin. Fin meraung dan meraung sehingga hampir hilang suaranya. Lelaki yang bersinglet lusuh pagoda hanya mampu menggerakkan badannya tanda protes akan kelakuan jantan yang tak berguna ingin merogol isteri sendiri.

Lemah tubuh fin dihenjut dan dikasari sebegitu rupa. Setelah puas melempiaskan nafsu, rakan-rakan pengantin lelaki yang membelasah lelaki bersinglet pagoda tadi pula bergilir-gilir meratah tubuh fin. Selepas itu mereka meninggalkan fin dengan lelaki bersinglet pagoda tadi berdua disitu, masing-masing terlentang separuh mati. Fin dengan keadaan yang hampir bertelanjang manakala lelaki bersinglet pagoda itu dengan penuh lebam dan darah di seluruh badan.

Tiba-tiba Kery terdengar suara bayi menangis. Kery memalingkan wajahnya dan cuba mencari arah dari mana datangnya tangisan mendayu itu. Kery bangun dari tempat persembunyiannya dan terkejut setelah mendapati tiada lagi susuk tubuh perempuan manis yang dipanggil fin dan lelaki bersinglet pagoda terbaring di tempat yang sama. Seperti kejadian itu tidak pernah terjadi, suasana di kebun terbiar itu semakin sunyi hanya kadangkala suara bayi menangis masih kedengaran sayup-sayup.

Kery bingung. Belum sempat otak mencerna akan kehilangan dua tubuh yang terdampar seperti kehabisan nyawa tadi, suara bayi menangis kedengaran semakin hampir dengan tubuh Kery. Mata Kery meliar memandang kiri dan kanan sehinggalah Kery merasakan sesuatu berhampiran kakinya.

Sesuatu yang merangkak dan masih menangis itu betul-betul di bawah kaki kiri Kery. Pucat terus wajah Kery setelah mendapati 'benda' yang seperti bayi itu amat mengerikan. Lidahnya terjelir panjang seperti anjing kehausan dan badannya yang seperti diselaputi darah merah penuh dengan ulat-ulat hidup yang meratah kulitnya. Suara persis bayi menangis tadi diganti dengan bunyi hilaian yang menakutkan.

Kebun terbiar itu kini dipenuhi dengan laungan jantan Kery yang meminta tolong dan jeritan itu tamat dengan sendirinya setelah beberapa ketika.

Saturday, April 6, 2013

Once In A Blue Moon






I once called my heart mine till you grab it tight and claimed it yours.
The moonlight shine so bright and the owls holding hands.
You brought me to a wild place and you said it's ours.
You kissed my both cheeks and I wish this moment will never ends.

I got stuck with you and you simply knew.
I won't change slightly thing this I promise you.
Hold me up the way you always do.
I have nothing to say, besides I love you.

Friday, April 5, 2013

Ubat

Kuat-kuat Ayu mengetap bibirnya sehingga terdengar bunyi gigi atas dan gigi bawah berlaga. Dengan mata yang terpejam menampakkan lagi riak sebenar yang dialami si gadis. Sakit. Perit. Punah. Dan seboleh mungkin Ayu bertahan. Demi kegembiraan yang bakal dia peroleh tidak lama lagi mengalir di dalam zarah-zarah kecil yang bersambung di antara sel-sel yang terdapat dalam badan. Kegembiraan yang bakal dibawa oleh darah yang beraja dalam tubuh cengkung Ayu.

Setelah mendapat penawar dari kesakitan yang maha dahsyat tadi, Ayu terleka sebentar. Bayang-bayang yang menjerit, mesej-mesej songsang yang sering dicuri-curi baca dari telefon bimbit seseorang, trauma yang menyebabkan malam-malam nya makin ngeri disusuli mimpi yang tak pernah-pernah putus, terus hilang.
Barangkali penawar itu adalah penawar ajaib. Ayu ketawa sambil mengesat peluh di dahi dan tubir matanya yang sedikit lembab.

Ayu merayau-rayau di kaki lima itu setelah mendapat sedikit kekuatan untuk bangkit. Berjalan dan terus berjalan. Kadang-kadang Ayu memegang erat pelipat lengan sendiri yang membengkak dan dihiasi lebam-lebam kecil. Sambil berjalan, sambil merapu entah apa. Penawar yang diterima mula memberi impak kepada daya pemikiran Ayu. Seolah-olah Ayu dikuasai dan dikawal sesuatu yang membuatkan Ayu menjadi boneka tak bermaya. Ah, pedulikan apa kesannya. Yang penting Ayu tahu, Ayu tak perlu rasa tertekan dan sakit lagi. Sakit yang disimpan berpuluh-puluh tahun lebih mengerikan. Sakit dalam hati.

Tiba-tiba, Ayu ternampak seseorang. Seseorang yang Ayu kenal benar siapa. Seseorang yang sentiasa ada berdekatan dengan Ayu tetapi sebenarnya seseorang yang terlalu jauh untuk disentuh. Lelaki itu sedang mengelap peluh seorang anak kecil yang berdiri di sebelahnya. Ayu tak putus-putus memerhati setiap gelagat dua manusia yang tidak jauh dari tempat Ayu berdiri.

"Abah..", Ayu berbisik perlahan. Ayu mengalihkan pandangannya dan terus berlari agak laju. Seboleh mungkin ingin menjauh dari dua manusia itu. Sambil berlari, sambil mengilai serta menjerit memanggil nama arwah ibu.

Tanpa diri sendiri sedari, Ayu melintas jalanraya yang sendat dengan kenderaan secara laju. Dan bila diri Ayu merasakan sesuatu merempuh badan keding nya dengan kuat, otak Ayu mula memberi perhatian kepada keadaan sekeliling. Saat Ayu melambung di udara, Ayu sedar secara total mungkin ini saat tamat riwayatnya. Seluruh badan Ayu terasa seperti melayang-layang dan ringan seakan terbang, berkat penawar yang diambilnya tadi.

"Abah...", perkataan terakhir yang disebut Ayu sebelum badan itu dirempuh dengan kenderaan lain dan seterusnya diheret oleh sebuah kereta bewarna kelabu.



Thursday, April 4, 2013

To The Moon

A : "kenapa resah?"
B : "derita merindu"

A : "rindukan apa?"
B : "rindu pergi bulan"

A : "ada apa dekat bulan?"
B : "kegembiraan dan ketenangan"

A : "berapa bajet pegi bulan?"
B : "kadang-kadang, 50sen. kadang-kadang, sebata"

A : "apa bukti kau dah kebulan?"
B : "urine test"




Sambil termenung, B terus memandang sebuah pokok yang makin segar dalam pasu tanah liat ciptaan nya sendiri. B menyanyi riang sambil menyiram pokok tersebut yang bagaikan nyawa dengan susu segar.
"boleh lah ni, tak lama lagi kita to the moon", bisik B riang dalam hati sambil pasang lagu Mook - Darkling.

Yusry KRU

Berdebar-debar Azman melangkah ke pelamin yang dihias cantik oleh sepupu sepapat terdekat. Sambil mengusap peluh di dahi, Azman menggenggam kuat tangan mulus milik si gadis yang sudah bertukar title ke Puan. Puan isteri. Azman menjeling Nia disebelah yang tak putus-putus menghulurkan senyum.

Sambil menghela nafas penuh kesyukuran kedua-dua mempelai kelihatan begitu berseri-seri dengan riak kegembiraan yang terpancar di wajah masing-masing. Badan yang lesu tidak memutuskan langsung semangat untuk bergaya di hadapan lensa kamera milik abang rungged yang menjadi jurugambar khas pada majlis perkhawinan Azman dan Nia pada hari ini. Kadang-kadang terdengar rungutan dari abang rungged bila pengantin lelaki seperti kelihatan kaku dan kayu. Lah, dah nama pun laki, reti pulak aku nak posing bagai mesra-mesra macam ni depan orang ramai? Aku bukan bapuk. Jerit Azman dalam hati sambil melemparkan senyum palsu.

Tiba di meja untuk makan beradap, tanjak yang dipakai Azman tersangkut di bucu juntaian kain penutup khemah, dan bergolek jatuh ke bawah. Tak sempat nak buat apa, tak sempat nak kutip, Azman terus melangkah penuh gaya dengan Nia. Alah, setakat tanjak yang jatuh, biarkan jelah. Lagipun Azman sebenarnya dah rimas memakai tanjak dari tadi.


Malam sebelumnya...

"Nah buku ajaib untuk kau", hulur Azzim kepada Azman sambil tersenyum sumbing penuh makna. Permata Yang Hilang, desis Azman dalam hati. "sudah-sudahlah kacau aku mangkuk, nervous ni buat aku tak boleh rasa nak tidur langsung". Azzim angguk, buat-buat faham. Yelah, mana lah dia ada pengalaman berkahwin. Perkahwinan Azman dan bakal kakak iparnya Nia merupakan perkahwinan dan majlis sulung dalam keluarga mereka. Azman merupakan anak sulung, abang besar kepada adik-adik yang lain.

"Sempat lagi tak kalau aku potong rambut sekarang?", sambil mata tak putus-putus mengadap cermin di sisi dan sempat lagi dia menjeling ke arah Azzim menandakan dia memerlukan jawapan kepada pertanyaan tadi dengan kadar segera.

"Alah, bagi jelah aku trim, touch up sikit. no hal. nak keluar sekarang pun dah malam, ade lagi ke kedai gunting rambut bukak?", pintas Azzim sambil menayang jam tangan yang dibeli dari Petaling Street kepada si abang. Tepat jarum jam menunjuk kepada nombor 11. 11malam, bukan 11pagi. Azman mengeluh.

"Kau betul boleh buat ni?" tanya Azman sungguh-sungguh kepada si adik. Azzim dengan rengusan terus berlalu ke bilik tidurnya dan mengambil beberapa jenis gunting. Amboi, mamat ni biar betul? Masa bila dia ada bakat terpendam jadi barber ni?


Di meja makan beradap...

Kesemua tetamu kelihatan tersipu-sipu bila memandang Azman. Azman naik hairan. Agaknya bila dah duduk dekat meja makan ni baru diorang nampak aku ni macho sikit kot berbanding atas pelamin tadi. Perasan Azman dalam hati sambil mengurut-ngurut lembut bawah dagu. Sambil makan, sambil senyum puas hati bila rata-rata tetamu tak putus-putus memberikan perhatian kepada kedua mempelai.

Ada yang mengambil gambar, ada yang terkekeh ketawa dan tak kurang juga ada yang merakam video sambil berbisik antara satu sama lain. Nia yang dari tadinya kusyuk melahap penuh nikmat lauk pengantin, terpanggil untuk memanggungkan kepala dan memandang Azman disebelah.

Purrrrrrr!!!! Tersembur nasi minyak keluar dari mulut Nia sambil tersedak-sedak.
"Kenapa rambut awak ni sayang oi???!", jerit Nia. Azman terus meraba kepala sendiri yang togel tanpa tanjak yang menjadi peneman setia sejak sejam yang lalu.

Azman mengeluh kecil bila teringatkan perbualan antara dia dan adiknya malam tadi.

"Kau tolong trim rambut aku jadi macam Yusry KRU tau", dan bila melihatkan hasil rambutnya yang compang camping membuatkan Azman menjerit kepada Azzim yang nampak sangat muka bersalah.

"Kau buat apa kat rambut aku ni Jim!!!!Ni rambut Dr. Rozmey!!! Bukan Yusry!!!!!"

Bergema ruangan kamar tidur itu dengan jeritan Azman kepada Azzim sambil Puan Kalsom, ibu mereka menenangkan Azman dengan mengatakan, rambut yang pendek di bahagian depan dan dibelah tengah itu masih lagi boleh ditutup dengan tanjak esok harinya.

Tuesday, April 2, 2013

Egois

Terik betul matahari sekarang. Matahari dulu redup sikit. Kena tinggal tengah jalan, tengah panas buta pun Zety takkan mengeluh. Tapi sekarang? Amboi, makin bahang, makin kuat mencarut.

Zety keluarkan telefon dari beg tangan yang sebesar lengan manusia. Mungkin ada sikit macam lengan Malek Noor. Hihi, ketawa Zety geli hati persis perempuan.

"hello?"

ye..

"penat tau tak penat jalan tengah panas macam ni!"

habis tu kau nak aku buat apa?

"aku benci kau!!!!!"


Pantas Zaty tamatkan talian sebelum dijerit perempuan gila oleh si pendengar. Fuh. Puas hati dapat menjerit dekat orang yang konon mulut kata benci, tapi hati dah melimpah ruah dengan nama penuh, tarikh lahir, malah nombor kad pengenalan si dia.

Sambil menyeret beg baju balik kampung yang beratnya sebeban, telefon bimbit Zety bergegar mengeluarkan bunyi menandakan ada mesej baru masuk. Zety keluarkan dan baca,

kau kat mana? tunggu, aku datang. biar aku hantar.

Zety senyum geli hati sambil praktikkan muka konon-konon marah.