Thursday, April 18, 2013

The mysterious voice.

Terpelanting terus putung rokok Kery nun jauh ke dalam longkang. Bunyi kuat yang datang dari semak berdekatan dengannya membuat Kery hampir hilang nafas dek terkejut. Kery yang sedang mencangkung di tepi longkang itu kaku. Kaget. Berdebar-debar untuk mengetahui akan punca yang mendatangkan bunyi yang agak pelik itu. Hendak kata seperti binatang, tak mungkin. Habis, apa benda?

Beberapa ketika kemudiannya, bunyi itu hilang. Terus Kery memberanikan diri lalu bangun menuju ke arah semak itu. Terkial-kial tangan Kery menepis daun-daun dan rumput yang agak meninggi tidak terjaga meliar di kawasan kebun terbiar itu. Setelah hampir dengan satu timbunan pokok yang berdaun tebal dan berduri, Kery menyelak satu-satu juntaian daun dengan hati bergelodak dan debaran kencang di dada.

Tak ada apa pun? Getus hati kecil Kery. Belum sempat Kery menoleh, Kery terdengar suara seperti mendesah tidak jauh dari semak yang mencetuskan bunyi aneh tadi. Bunyi seperti suara perempuan. Tetapi Kery tidak pasti sama ada suara yang didengarnya sedang menangis atau ketawa. Sedikit aneh dan meremangkan bulu roma.

"jangan tinggalkan Fin bang", seorang perempuan berpakaian pengantin lengkap dengan selendang menutupi kepala sedang merayu disisi seorang lelaki yang tidak Kery nampak raut wajahnya. Lelaki itu hanya memakai singlet pagoda yang lusuh dan berseluar tracksuit. "awak dah bernikah fin, awak bukan milik abang lagi, kita tamatkan kisah kita disini fin...", tegas lelaki itu membalas dengan nada rendah.

"tapi fin tak pernah nak kan perkahwinan ni bang...kalau tak kerana wasiat tok ayah fin tak rela bang. fin tak rela! fin tak kenal pun suami fin tu abang. tolong fin bang...", terus-terusan perempuan manis itu menangis. Kemudian lelaki itu membisikkan sesuatu dan perempuan manis itu terdiam. Belum sempat mereka berdua memulakan langkah, kedengaran beberapa suara manusia menjerit. "Kejar!! kejarrr!!! jangan bagi mereka lari!!", gegak gempita kawasan kebun itu dengan jeritan dari seseorang.

Perempuan manis dan lelaki itu melarikan diri sambil berpegangan tangan menghala ke sungai kecil. Malang sungguh nasib mereka setelah dikepung oleh beberapa orang lelaki. Salah seorang nya memakai sepersalinan baju yang sama warna dengan perempuan itu. Lelaki-lelaki yang lain pula sibuk membelasah lelaki bersinglet lusuh pagoda dengan bersungguh-sungguh. Menjerit-jerit perempuan manis yang dipanggil fin itu menyuruh mereka untuk berhenti memukul.

Tiba-tiba lelaki yang berpakaian pengantin, menolak tubuh fin jatuh ke tanah. Sambil tangan menampar raut wajah yang manis itu bila fin cuba untuk melawan. Dirobeknya baju kebaya pengantin fin dengan rakus dan mencium seluruh wajah fin. Fin meraung dan meraung sehingga hampir hilang suaranya. Lelaki yang bersinglet lusuh pagoda hanya mampu menggerakkan badannya tanda protes akan kelakuan jantan yang tak berguna ingin merogol isteri sendiri.

Lemah tubuh fin dihenjut dan dikasari sebegitu rupa. Setelah puas melempiaskan nafsu, rakan-rakan pengantin lelaki yang membelasah lelaki bersinglet pagoda tadi pula bergilir-gilir meratah tubuh fin. Selepas itu mereka meninggalkan fin dengan lelaki bersinglet pagoda tadi berdua disitu, masing-masing terlentang separuh mati. Fin dengan keadaan yang hampir bertelanjang manakala lelaki bersinglet pagoda itu dengan penuh lebam dan darah di seluruh badan.

Tiba-tiba Kery terdengar suara bayi menangis. Kery memalingkan wajahnya dan cuba mencari arah dari mana datangnya tangisan mendayu itu. Kery bangun dari tempat persembunyiannya dan terkejut setelah mendapati tiada lagi susuk tubuh perempuan manis yang dipanggil fin dan lelaki bersinglet pagoda terbaring di tempat yang sama. Seperti kejadian itu tidak pernah terjadi, suasana di kebun terbiar itu semakin sunyi hanya kadangkala suara bayi menangis masih kedengaran sayup-sayup.

Kery bingung. Belum sempat otak mencerna akan kehilangan dua tubuh yang terdampar seperti kehabisan nyawa tadi, suara bayi menangis kedengaran semakin hampir dengan tubuh Kery. Mata Kery meliar memandang kiri dan kanan sehinggalah Kery merasakan sesuatu berhampiran kakinya.

Sesuatu yang merangkak dan masih menangis itu betul-betul di bawah kaki kiri Kery. Pucat terus wajah Kery setelah mendapati 'benda' yang seperti bayi itu amat mengerikan. Lidahnya terjelir panjang seperti anjing kehausan dan badannya yang seperti diselaputi darah merah penuh dengan ulat-ulat hidup yang meratah kulitnya. Suara persis bayi menangis tadi diganti dengan bunyi hilaian yang menakutkan.

Kebun terbiar itu kini dipenuhi dengan laungan jantan Kery yang meminta tolong dan jeritan itu tamat dengan sendirinya setelah beberapa ketika.

No comments: