Monday, September 9, 2013

From the darkest shadow and the biggest pain.

When I was a kid, I've been told to just do anything yet everything cause nothing would ever stop me as long as I hold onto passions and that passions would give me strength. I grew up being all spontaneous and I would never let any problems stuck between me and times at all. I'll find solutions and solve those in either diff ways and I also learned how to let go.

Years have passed through me and somehow I can't be able to see me like how I used to see in the mirror anymore. I've done terrible things that times won't let me live a peaceful life. Pure water that can't dismiss my sins and steps that would've always force me to go backwards instead of walking ahead finding my own new journey.

No matter how many times I sit in regret,
no matter how hard I carve big smile,
no matter how long I have run,
no matter how far I can hide,
my shadow would still drag me to the past.

The doors are now closed and I've trapped within.
From the darkest shadow and the biggest pain.



Thursday, September 5, 2013

The cover of the book

"Pakai baju ketat-ketat ni tak takut mati ke?"

"Hah?? Kenapa cakap macam tu?"

"Yelah, dah pakai baju ketat, nak tarik nafas hembus nafas satu hal, lepas makan kang satu hal lagi nak cover perut"

"Alah biarlah diorang"

"Aku betul tak puas hati ni. Kalau pengsan ke ape ke baju terlampau ketat bukan aku boleh tolong"

"Kau nak tolong macamana pulak?"

"Yelah. Nak tolong, nak bagi CPR. Tapi, bukan semua yang pakai baju ketat ni cantik-cantik.. Buang masa aku je pegi tolong"


Sambil melangkah menyaingi langkah pantas A, aku menggelengkan kepala berulang kali. Lucu. Dalam marah ada gurau, dalam gurau ada pedih.

Dan dia menyambung lagi.

"Patutnya perempuan-perempuan ni pakai baju ketat-ketat masa malam pertama. Biar buat-buat rebah tak cukup nafas nak tarik depan suami. Ini yang jadi pakwe, bodoh, yang jadi makwe pun bodoh. Tayang body speaking English, agak-agak kalau aku suruh baca doa qunut reti tak semua nak menjawab."

Aku terdiam lagi. Ya, kasar dan sinikal. Pessimist pun ya. Mungkin bagi dia luaran itu penting untuk dinilai tetapi tak semestinya semua amalan mereka tak diterima. Kita takkan pernah tahu kerana bukan kita hamba Allah yang menentukan dosa dan pahala setiap hambaNya yang lain. Bila terdengarkan orang-orang keliling yang rapat yang juga mempunyai penilaian yang sama -- aku gerun.

Patutlah wanita perlu menjaga kehormatannya.
Patutlah wanita perlu menjaga maruah dirinya.
Patutlah wanita wajib memelihara auratnya.
Dan patutlah wanita solehah diangkat tinggi martabat dan darjatnya.


Kerana bagi yang tak menjaga, sejauh mana amalan kamu dengan Dia -- kamu tetap dipandang semurah-murahnya kerana yang menutup sepenuhnya, peribadi serta luarannya terus mendapat markah berganda.

Dosa? Kita semua ada. Pakaian ketat, pakaian longgar. Tudung singkat, tudung labuh. Tak pakai tudung, pakai tudung.

Tetapi fitnah mata?

Wallahualam.

Wallahi, we are all, just the same. A slave to God and a human that have had flawed and sinned.
May we still have times to repent.

Not much




Have I told you before that I've got plenty of voices in my own head? Before you telling me what to not do, I already did it yesterday.


Precisely,

Musim Patah Hati

"Sekarang musim patah hati eh?", suara perempuan ala-ala manja kedengaran dari arah meja di belakangku. Soalan itu tadi dihiasi dengan bunyi gelak kecil 'kikiki'.

Aku pula menjawab terus dalam hati. Gila ke apa diorang ni? Tak belajar hukum alam ke? Musim hujan, musim tengkujuh, musim kemarau ada lah, oktaf suara aku meningkat sedikit dari dalam membunyikan fakta.

"Yelah kot, ramai sangat kawan-kawan kita sekarang ni tengah patah semangat, break dengan boyfriends. Kesian they all", jawab lagi satu suara yang menggelikan seperti ala-ala bapuk. Sepantas itu juga aku keluarkan compact powder dari dalam handbag berpura-pura menempekkan bedak ke pipi. Kalau ikutkan tujuan asal aku ingin menoleh, mungkin kelihatan agak rude jadi lebih baik aku mengintai dari cermin mini compact powderku sahaja.

Sah. Memang lelaki yang berpakaian perempuan.

Sementara topik perbualan tentang patah hati dan putus cinta dibicarakan secara langsung dari arah belakangku oleh sekumpulan gadis-gadis (dan seorang lelaki berpakaian perempuan) yang kelihatan ranggi dalam berpakaian, fikiran aku melilau entah kemana. Jam di pergelangan tangan kanan aku kerling sekilas. Aku bukan seorang yang morning person dan hari ini merupakan hari yang terkecuali untukku supaya bersiap di awal pagi berikutan sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya membawa aku ke cafe ini seawal 11:30pagi.

Orang yang aku tunggu masih tak kunjung tiba.

"Haiiiii, sorry lambatttt," teriak satu suara dari arah belakang. Suara-suara dalaman yang sedang bertelagah sesama sendiri, aku hentikan kesemuanya sekali. Suara teguran persis lemah gemalai itu seperti aku pernah dengar.

"Lambatnya you J," suara bapuk itu kedengaran begitu bingit sekali persis Didie Alias yang tengah asyik menghambur gelak kasar.

"Rileksss bukan J tak datang, kan dah datang. Lambat sikit je ada hal tadi dengan Izzam"

"Kenapa dengan Izzam?"

"Ex dia call ajak jumpa, nak merayu lah kot. Tak faham-faham ke Izzam dah ada I? Ingat Izzam nak tinggalkan I ke?" terkekeh gadis yang bernama J itu mengeluarkan tawa disambut dengan sorakan dari yang lain.

"Kenapa you tak ikut je Izzam sekali jumpa ex dia? Lagi senang. Mesti senyap terus mulut perempuan yang tak sedar diri tu," balas seorang lagi gadis.

Kedengaran J mengeluh sedikit. "Bukan I taknak, Izzam yang tak bagi I ikut. Lagipun you all tau kan masa I dengan Izzam berkenalan dia belum putus lagi dengan ex dia yang sekarang ni? Plus, it's not my fault overall if she can't even take care of her own boyfriend, I am too hard to resist right? Confirm ex dia tu budak kampung merayu dekat lelaki ishhh malulah"

Dan, gadis-gadis di belakang meja ku bersorak kegirangan sekali lagi. Aku tersenyum sedikit.

"Sorry lambat, saya ada hal tadi," suara milik seseorang yang membuatkan aku bangun seawal pagi pada hari ini yang sudah sedap dan biasa di dengar oleh cuping telingaku bertahun-tahun. Suara yang sama tetapi nada yang berlainan dari selalu.

"Tak apa, tak tunggu lama pun, kenapa awak nak jumpa saya pagi ni?", soal aku pantas sambil tersenyum.

"Saya nak mintak maaf tentang hal kelmarin, saya taktau pula girlfriend baru kawan saya tu seberani macamtu," jawab dia tenang membalas soalan aku. Jawapan yang akhirnya membawa aku berkhayal sendiri ke peristiwa kelmarin. Aku menelefon Adha dan merasa agak terkejut apabila suara perempuan yang mengangkat panggilanku. Setelah menanyakan di mana tuan punya telefon iaitu Adha dan si gadis pula menjawab dengan "tak tahu, you salah call orang lah!", aku terus letak telefon. Membuat spekulasi sendiri.

Adha pula 3jam kemudiannya menelefonku semula dengan mengatakan bahawa dia sedang keluar bersama rakan-rakan dan perempuan yang mengangkat panggilan ku pada 3jam yang lalu adalah girlfriend baru kawannya sendiri yang ingin bergurau dengannya.

Sejauh mana kemesraan girlfriend baru kawannya dengan Adha sendiri sehingga mampu menjawab panggilan telefon milik Adha? Bukankah telefon bimbit Adha merupakan hak peribadi dan privasi Adha sendiri? Sejauh mana seorang girlfriend baru seorang kawan mampu bertindak seperti itu? Tetapi soalan-soalan itu aku hanya biarkan di dalam hati.

"Okay, tapi saya ada benda sikit nak bagitahu awak ni"

"Please, please don't make it worse, saya tak ada orang lain, percayalah"

Belum sempat apa-apa, Adha dah potong cakap aku. Aku meleraikan tangan Adha yang menggenggam tangan kananku erat di atas meja.

"Ha, saya bukan bodoh. Cukuplah penipuan awak tu. Kita kenal dah terlalu lama untuk tahu samada awak menipu atau bercakap benar. Mungkin selama ni, saya diamkan sebab saya sendiri yang nak butakan mata saya. Mata hati saya. You know exactly what I meant, right?"

Sebelum Adha menyambung, seorang perempuan tinggi yang datang dari arah belakang yang mungkin sahaja ingin berlalu ke cashier yang berdekatan dengan meja tempat dudukku, berhenti mengejut secara tiba-tiba di hadapanku.

"Izz???! You buat apa kat sini??!", tengking perempuan itu kuat. Membuatkan aku tersenyum kerana walau secantik mana pun pakaian perempuan ini, dia langsung tiada kualiti 'ladylike' di dalam diri.

"Eh J, eh tak I jumpa kawan I," balas Adha tergagap-gagap.

"You kata nak jumpa ex you??", soal J garang sambil menjeling aku. "Ini ex ke, kawan?", sindir J lantang.

Dan aku akhirnya bangun, ingin menamatkan semua ini sekarang juga. An awkward situation between me and bunch of girls -- divas wannabe and a silly boyfriend that make a totally big mistake which is -- mess with my life and thus, my heart.

"Okay listen. Saya dengan Adha belum break macam apa yang dia bagitahu dekat awak or what did you called him just now? Izzam? I think nama sebenar dia pun awak tak tahu kan? Its, Izzam Adha, the one that I'd be looking few days ago and you picked up my call saying you didn't even know and even heard the name.

And awak Adha, dah lebih 4tahun kita bercinta and this is not the only girl you flirted with sepanjang relationship kita. I may too blind to believe but I'm not that blind to just eaten up your lies day by day. Or should I say, years by years?

For your information J, I yang mintak break dengan your Izzam but he couldn't let me go. Call saya setiap malam merayu agar saya tak pergi jauh dari hidup dia. If you're so special then, why he never confess to me that you're the one that he need in his life and just kick me away? Why must he still chasing for me till now?

You can read all of his text msgs in my phone. Kalau nak ambil terus pun boleh, I have plentyof this and more. Izzam Adha Khairi, saya pulangkan balik cincin pertunangan kita ni, I can't live another lie with you anymore and you J, may you find your own happiness with him."

Sepantas kilat aku berlalu pergi meninggalkan sekumpulan gadis bersama Adha dan juga telefon bimbit iPhone 6x yang masih belum ada keluarannya lagi di Malaysia. Aku terus melangkah ke kereta Nissan 370Z pemberian abahku dan sempat aku toleh kebelakang melemparkan senyum kepada mereka yang masih tercengang dan ternganga melihatku melangkah masuk ke bahagian pemandu.

Dan selepas itu kedengaran suara-suara perempuan menjerit nyaring mungkin sahaja sedang membasahkan Izzam Adha bekas tunangku dengan secawan kopi milikku yang tak berusik dari tadi.

Mungkin sahaja perempuan bernama J itu tidak tahu kami dah menyulam cinta bertahun lamanya dan perkenalan kami sudah hampir mencecah ke 7tahun. Mungkin juga perempuan bernama J itu tidak tahu yang aku merupakan tunang kepada boyfriend barunya sendiri. Dan mungkin juga perempuan bernama J itu tidak tahu, aku sengaja memilih cafe ini untuk dijadikan tempat perjumpaan pada pagi ini kerana aku dalam diam mengekori mereka berdua dan selalu nampak dia dan Adha bermesra di cafe ini.

Mungkin juga J tidak tahu aku sudah lama tahu kegiatan Izzam Adha Khairi. Yang sentiasa kantoi di dalam mimpiku bersama pelbagai jenis perempuan dan mungkin juga J tidak tahu bahawa tak ada seorang pun kawan aku yang percaya bahawa Adha adalah lelaki sebegini.

Mungkin juga Adha tidak akan menyangka perempuan selemah aku mampu membuat keputusan begini. Dan yang paling penting, mereka tidak akan tahu aku menangis teresak-esak di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang kerana hati aku hancur luluh mempercayakan kata hati aku sendiri yang ternyata telahan aku selama ini benar.

Tangisan aku kini adalah tangisan lega bercampur sesalan yang seharusnya aku menamatkan semua ini dengan lebih cepat dari menunggu dan berdoa agar Adha berubah. Aku tak mampu untuk terus-terusan hidup dengan lelaki yang tak pernah cukup dan tak mampu untuk menyayangi seorang perempuan hingga ke akhir hayatnya.

7years for nothing only memories that remained as my not-so-happy past.

Wednesday, September 4, 2013

Variasi suara dalaman

Lepas kena tegur "kamu taknak kerja ke?", aku terus tersentak. Tangan yang dari awalnya hendak mengisi air sejuk ke dalam botol kosong panjang yang bewarna biru terus pause. Statik. Bibir yang memang luka aku gigit,
perlahan. Geram.

"Ye, tahu. Memang dalam perancangan, ada cari, tapi sambil tu tunggu result yang nak keluar dulu", balas aku tenang. Mata aku tak putus-putus berkelip laju, menahan sesuatu dari keluar. Rileklah. Jangan cengeng sangat woi! Jerit aku dalam hati menggunakan suara berbunyi ganas ala slang ghetto. Ok, tak nangis lah ni.... balas satu suara lain dalam kepala. Baru aku sedar yang aku mempunyai variasi penghuni suara hati di dalam diri sendiri. Dan hampir kesemuanya suara persis jantan.

"Aku tengok kamu ni macam dah tak ada benda lain nak buat, tak bawak meaning langsung duduk dalam rumah ni", balas suara annoying itu lagi. Gruuuummmmmm!!! Bunyi motor enjin bot dan bunyi guruh berlawan volume keluar dari tepi telinga. Mulut yang comel laju je membalas dan mengekalkan ton suara lemah gemalai yang sama,

"Janganlah masuk campurkan hal kerja dengan hal result orang. Orang tahu nak buat apa".

Sayangnya, bukan itu yang keluar dari mulut comel yang melawan kehendak hati dan akal fikiran tuan sendiri. Rupanya mulut aku pun sudah pandai berfikir untuk menjawab tanpa perlu meminta izin dari aku sendiri.

"Janganlah masuk campur. Orang tahu nak buat apa, bukannya tak cari kerja.."

Hanya kerana beberapa patah perkataan yang tak terkeluar dan beberapa patah perkataan yang tak sengaja keluar, aku terus kena tengking. Dituduh melawan. Dan suara annoying itu masih berbunyi seperti petir yang bila-bila masa sahaja boleh membunuh aku yang sedang berdiri bersebelahan peti sejuk.

"Kurang ajar sangat mulut kamu tu? Apa yang kamu sumbangkan dalam rumah ni berkurung hari-hari? Nak jadi macam tunggul? Siap suruh aku jangan masuk campur??"

Kali ini, hati aku pula memberontak kuat mempertahankan diri aku sendiri. "Tak menyumbang apa-apa? Bukan ke semua benda dalam rumah ni aku yang kemaskan, aku yang masak dan aku yang buat semua benda? Salah ke aku nak ada privacy aku sendiri, duduk dalam bilik sendiri bila semua kerja rumah aku dah selesaikan?". Dan sebelum mulut aku makan diri aku sendiri dan bersetuju dengan kata hati, aku cepat-cepat melangkah ke bilik tidur. Suara petir itu pula masih beraja dan setiap derap langkah yang aku angkat, hati aku terguris...sedikit demi sedikit.

Dari pandangan sisi, aku nampak ratu aku menunduk bertentangan dengan suara petir itu. Kenapa tak bela orang? Tanya aku merintih dalam diam. Terus aku capai tombol pintu yang hampir usang dan aku kuncikan perlahan-lahan dari arah dalam. Aku menuju ke katil dan membuka laptop, menekan kekunci keyboard ke arah music dan tekan play. Playlist lagu yang sudah aku setkan ke shuffle mode, berentak sendiri mengeluarkan irama. Sesuatu yang aku tahan dari tadi, gugur laju dari anak mata setitis demi setitis. Sayu. Sunyi. Menggigil. Sendu aku luahkan, merintih.

Aku tahu aku ada tuhan untuk aku mengadu tapi aku masih rasa sunyi yang sama. Aku tepuk hati aku perlahan-lahan mengatakan ini bukan drama tv yang boleh aku peluk sesiapa sahaja untuk melepaskan tangis. Aku pandang sekeliling bilik yang berpuluh kali menjadi saksi kepada tangisan gila aku. Kalaulah dinding bilik boleh bersuara...
Kalaulah katil ini bernyawa...
Kalaulah lampu ini punya mata..

Tapi, itu semua kalau. Kalaulah boleh aku teruskan hidup tanpa perlu orang sekeliling tanya 'kenapa?'.

Bilik yang aku huni ini bukan bilik aku sendiri. Dua tahun aku berkorban memberi bilik tidurku yang sebenar yang bewarna pink purple yang aku huni sejak aku berumur 10tahun, kepada suara annoying yang kasar itu.
Almari di dalam bilik yang aku kurungkan diri ini, bukan almari aku sendiri.
Almari aku bewarna kelabu dark coklat, yang aku pilih bersama-sama ratu semasa aku di tingkatan empat.
Tangan kanan aku terus menggengam penumbuk kecil yang comel, cuba menenangkan diri sendiri yang nyaris-nyaris terbang ke kancah dendam.

Lama aku berteleku. Memeluk lutut seolah-olah itulah satu-satunya senjata yang takkan benarkan aku jatuh. Dua tahun itu dah terlalu lama. Dua tahun ini yang buat penambah luka. Kalaulah aku berani melontarkan jawapan kepada yang celaka-celaka....tapi, aku tak sanggup. Kerana, walau sejantan mana variasi suara yang ada di dalam hati, aku tetap memegang kepada budi pekerti. Budi bicara manis layaknya seorang perempuan yang sudah berumur 23tahun yang masih tiada apa-apa ini. Tiada kerjaya, dan pelajaran separuh jalan yang entah kemana. Aku tergelak sendiri mengenangkan teman-teman yang sudah punyai rezeki yang sudah melangkah jauh berlari mengejar impian diri, dan aku ketap bibir kembali mengenangkan betapa seronoknya aku berkongsi kegembiraan teman-teman tetapi pada mereka-mereka yang tertentu, aku dibandingkan tanpa henti.

Disebabkan aku hidup dalam khayalan aku sendiri, aku masih sabar hingga hari ini. Jalan yang aku pilih merupakan jalan aku sendiri. Cuma kali ini aku sudah terlampau penat menyorok dan makan hati. Bertahan menjadi mangsa buli melalui mental dan percakapan hari-hari. Penat sampai hampir-hampir terperosok dalam kubur yang aku bentangkan sendiri sebelum tiba masanya lagi. Buat aku makin berdosa.

Beg pakaian yang besar aku renung lama. Air mata yang mengalir aku tepis,



kasar.