Saturday, November 30, 2013

Hipokrit

Hanna menangis teresak-esak di dalam bilik air yang dikunci rapi itu. Sambil memandang ke arah refleksi diri di dalam cermin di hadapannya, Hanna kembali menangis. Kali ini lebih kepada meraung dan menjerit. Sayu.

Peristiwa yang berlaku satu setengah jam yang lalu berlayar di ruang minda Hanna.

Lelaki yang memakai baju kemeja coklat gelap itu kelihatan gembira melayan si gadis yang tinggi lampai dan berkulit putih itu. Sesekali sang lelaki membisikkan sesuatu di telinga si gadis dan si gadis akan mencubit manja lengan lelaki berkemeja coklat itu lantas menghamburkan tawa bersama-sama.
Bahagia.

Dengan pantas, Hanna mendail nombor yang tertera di telefon bimbitnya sambil mendengar deringan sebelum diangkat.

"Awak, awak tengah buat apa tu? Busy tak?"

"Ye ada apehal ni Na? Saya busy ada hal nak jumpa kawan saya"

"Boleh kita jumpa kejap tak? Ada benda sikit saya nak cakap, kalau pakai telefon ni susah.."

"Berapa kali saya nak cakap saya busy? Saya ada banyak lagi benda nak buat dari mengadap awak 24jam!"

Pap!

Perbualan dimatikan oleh si lelaki berkemeja coklat gelap. Dari jauh, Hanna mengintai lelaki itu yang bersama gadis tinggi lampai disisinya.

Peristiwa tadi yang terlayar di kepala Hanna, lesap sendiri. Sambil memandang susuk tubuh di hadapan cermin di dalam bilik air mewahnya sendiri, Hanna mengetap bibir.

Mungkin lelaki itu tidak suka aku lagi sebab aku gemuk.
Mungkin lelaki itu beralih arah sebab aku buruk.
Mungkin lelaki itu meluat dengan aku sebab aku tak seputih perempuan lain dan model iklan dalam tv.
Mungkin aku kena buat sesuatu untuk dapatkan cinta dia semula.

Tetapi, lupakah kau Hanna? Mereka yang berubah untuk mendapatkan cinta adalah mereka yang hipokrit semata?




But...
please remember.
The person who deserve you is the one that appreciate you and treat you right no matter how ugly you think you are.

Mungkin ada yang cakap, bahawa wujud lagi manusia yang akan terima kita seadanya , buruk, gemuk, hitam dan sebagainya,


tetapi,


Kalau ada yang mengatakan wujudnya cinta pandang pertama atas sebab hati dan peribadi yang baik, boleh ke percaya?
Walhal sebenarnya atas fizikal indah mereka.


Hipokrit bukan? Kita semua?

Thursday, November 28, 2013

When she hurts.

Wah, terus mengarang entri berat nampak? But yeah, this is random but still yeahhhhhh -- guys... you need to know this.

Perempuan ni kan makhluk sensitif. Tak percaya? Cuba pergi lempang pengkid masa dia tengah period. Probably reaction dia akan terbahagi kepada dua je.
1) Dia marah dan lempang kau balik.
2) Dia nangis sambil maki hamun mengatakan nak lempang kau balik.

We girls ada 9nafsu which 80% of it mengalir menyebelahi emosi dan lagi 20% kepada akal. Emosi ni lah yang susah sangat nak kontrol dan terus terbang ke bahagian nafsu.
 Contoh : Nak beli baju cantik, duit tak ada, dah tau duit tak ada, tapi sendiri frust lepas tu marah tiba-tiba. Padahal akal dah cakap "rilek kak, benda kecik je ni, nanti ada duit beli lah baju lain" tapi emosi pulak jawab "nak baju tu sekarang jugak!!pedulik ape aku kalau duit tak ada as long as aku nakkk! paham tak???!!" (sambil menangis depan cermin, picit ekor anak kucing dan tonton video bayi-bayi comel di youtube serta bukak website online shopping)

Memang perempuan ni complicated tapi sebenarnya kalau kena caranya, sedegil mana pun dia, boleh dididik dan dibentuk. Since we girls ni express our emotions literally tak kisahlah melalui percakapan ke, perbuatan ke and etc, so balaslah jugak dengan cara yang sama. Then only we could think properly and not gonna turn into a rascal maniac yang annoying.

Ni bila dah mendidih, kecewa, marah, most of people wouldn't bother to pujuk balik. Y'know we're sulking but you people disappeared in instant dan esok buat macam tak ada apa-apa berlaku terus mesej "hai yayang watpe tewww". Mau tak gila jadinya? Emosi terdera :(

Yang jenis selalu pujuk diri sendiri pun lama-lama akan rasa tersisih dan makan hati. Mana boleh ignore macam tu je. Kena lah ada 2ways of communication, verbal - listen - talk. Mungkin nak bagi masa kot dekat kitorang untuk cool down but doesn't mean you can simply left without comforting us first.

Sebenarnya bila tengah merajuk, cakap elok-elok, or distract about something else, make a joke pun dah boleh bagi perempuan okay tapi, kalau kau orang dah pujuk dia still nak melalak, meraung-raung, baiklah kau tinggalkan je perempuan macam tu. Itu annoying dan saiko. Bukan merajuk dah tu. Kenalkan lah dia dengan mana-mana pengkid bila dia cakap "kenapa you susah nak paham I???" berulang kali padahal kau dah pujuk dia depan rumah siap bawak aiskrim dan nasi kerabu lagi untuk tenangkan si dia.

Dan kepada semua perempuan, when you are hurt, kena cakap. Express your feelings. Jangan diam dengan harapan semua orang boleh detect what's inside your heart. Kalau merajuk, hah mesej je boyfriend/husband dengan bunyi manja menggoda, bukan jenis kasar memeningkan.

Mesej macamni : "Sampai hati awak tak ingat anniversary kita hari ni, saya taknak cakap dengan awak satu hari, awak balik rumah habis kerja nanti, saya nak sorok baju tidur see-through saya yang warna merah hitam tu. Biar padan muka awak"

Baru lah suami pun kelam-kabut nak pujuk baca mesej merajuk macam tu. Untuk suami lah ye, kalau untuk boyfriend pulak, mesej lah,
"Saya ada terbeli cd game pes baru dengan left 4 dead tapi since saya merajuk dan awak tak pujuk, saya macam nak bagi kat jiran lelaki saya yang bujang dan kacak malah mempunyai kerjaya yang tetap serta tak lokek menghadiahkan senyuman kepada saya tiap kali dia balik dari kerja"

Confirm boyfriend juga akan pujuk dengan lemah lembutnya. Kalau dia tak pujuk jugak, bukan dia tak sayang tapi mungkin dia jenis care less for nothing sebab dia tahu dia tak akan hilang your love hanya disebabkan merajuk. Tapi? Benda-benda take things for granted ni lah yang akan buat orang beralih arah dan nanti-nanti je aku bukak topik pasal itu.

Simple kan?

Merajuk ada gaya.
Memujuk penuh makna.
Jangan memaki hamun membuta.
Semua benda, ada solution nya.

Wah!!!
KBAI