Saturday, November 30, 2013

Hipokrit

Hanna menangis teresak-esak di dalam bilik air yang dikunci rapi itu. Sambil memandang ke arah refleksi diri di dalam cermin di hadapannya, Hanna kembali menangis. Kali ini lebih kepada meraung dan menjerit. Sayu.

Peristiwa yang berlaku satu setengah jam yang lalu berlayar di ruang minda Hanna.

Lelaki yang memakai baju kemeja coklat gelap itu kelihatan gembira melayan si gadis yang tinggi lampai dan berkulit putih itu. Sesekali sang lelaki membisikkan sesuatu di telinga si gadis dan si gadis akan mencubit manja lengan lelaki berkemeja coklat itu lantas menghamburkan tawa bersama-sama.
Bahagia.

Dengan pantas, Hanna mendail nombor yang tertera di telefon bimbitnya sambil mendengar deringan sebelum diangkat.

"Awak, awak tengah buat apa tu? Busy tak?"

"Ye ada apehal ni Na? Saya busy ada hal nak jumpa kawan saya"

"Boleh kita jumpa kejap tak? Ada benda sikit saya nak cakap, kalau pakai telefon ni susah.."

"Berapa kali saya nak cakap saya busy? Saya ada banyak lagi benda nak buat dari mengadap awak 24jam!"

Pap!

Perbualan dimatikan oleh si lelaki berkemeja coklat gelap. Dari jauh, Hanna mengintai lelaki itu yang bersama gadis tinggi lampai disisinya.

Peristiwa tadi yang terlayar di kepala Hanna, lesap sendiri. Sambil memandang susuk tubuh di hadapan cermin di dalam bilik air mewahnya sendiri, Hanna mengetap bibir.

Mungkin lelaki itu tidak suka aku lagi sebab aku gemuk.
Mungkin lelaki itu beralih arah sebab aku buruk.
Mungkin lelaki itu meluat dengan aku sebab aku tak seputih perempuan lain dan model iklan dalam tv.
Mungkin aku kena buat sesuatu untuk dapatkan cinta dia semula.

Tetapi, lupakah kau Hanna? Mereka yang berubah untuk mendapatkan cinta adalah mereka yang hipokrit semata?




But...
please remember.
The person who deserve you is the one that appreciate you and treat you right no matter how ugly you think you are.

Mungkin ada yang cakap, bahawa wujud lagi manusia yang akan terima kita seadanya , buruk, gemuk, hitam dan sebagainya,


tetapi,


Kalau ada yang mengatakan wujudnya cinta pandang pertama atas sebab hati dan peribadi yang baik, boleh ke percaya?
Walhal sebenarnya atas fizikal indah mereka.


Hipokrit bukan? Kita semua?