Sunday, January 29, 2012

Kau Sampaikan Tangan

Sedang aku berdiri di tepi jendela,
Sedang aku langkahkan kaki kanan kesana,
Sedang aku lunjurkan muka kebawah,
Sedang aku menggigil menggila,
Kau tempik.
Kau pekik.
Kau jerit.
Macam rasukan pelesit.

Kau datang dekat seperti awan dan,
Kau sampaikan tangan.

Tuesday, January 24, 2012

G-string


Krisis paling hebat melanda tahun ini.

Monday, January 23, 2012

Satu.

Sedang aku berlari-lari setelah terjaga dari tidur, aku lihat sekeliling, dan lihat tubuh sendiri. Hitamnya! Aku terus meraung tanpa suara. Menjerit, memekik, melolong tapi suaraku kontang. Terus, aku takut. Aku gigil. Aku gentar. Aku terus berlari dan terjatuh, bangun dan masih terjatuh. Aku pantas meneruskan perjalanan dengan merangkak. Hingga habis lutut aku koyak parah. Rabak. Aku terkejut. Aku pandang sisi aku. Sepi. Aku pandang belakang, gelap. Aku jeling depan, senyap. Aku menangis. Aku taktahu kenapa tapi aku menangis. Saat aku tergapai-gapai persis ikan tanpa air, aku menggelupur melihat warna merah yang mencurah-curah keluar dari tempurung lututku. Aku lap tanpa jemu. Aku hidu. Aku jilat tanganku. Aku teruja.


"dan mayat perempuan ini dijumpai di sekitar lorong gelap dipercayai
mati kerana kehilangan banyak darah sehingga tubuh nya menjadi
susut"


Dari atas, aku tersengih melihat badan aku sendiri. Dan meneruskan perjalananku seperti biasa. Anehnya kali ini aku mampu bersuara hinggakan mereka-mereka yang mendengar boleh berlari gegak gempita. Bahagia.

Sunday, January 22, 2012

Kejap je.

Lina jeling jam tangan. Hujan masih gila melebat. Lina resah. Jam hampir menginjakkan waktu ke tengah malam tapi yang ditunggu masih tidak muncul-muncul. Tempias hujan nakal membasahi hampir seluruh pelusuk wajah Lina. Lina risau.

Sedang Lina masih menunggu, satu susuk tubuh dari jauh sedang perhatikan Lina sambil tersenyum.

"Na!"

"ape kau ni?! aku tunggu lama tau! kenapa tak bawak payung?"

"Saje. Hmm jom kita main hujan? Nak?"

"kau gila? dahla aku tunggu kau datang sikit punya lama! lepas tu
ajak main hujan pulak. taknaklah!"

Izat terus menarik tangan Lina dengan pantas. Menjerit Lina dibuatnya. Terus, Lina berlari berpegangan tangan bersama Izat di dalam kebasahan malam hujan. Seronok pula! Habis basah seluruh badan, dan Izat melutut di hadapan Lina.

"weh apa ni?"

"Sudi tak kau jadi puteri aku?"

"hmm jangan la macamni, bangun dulu malu lah kalau orang nampak"

"Na, aku rindu kau.."

"hai, dah depan mata pun rindu ke?"

Lina ketawa gembira dan terus menarik Izat dari terus-terusan melutut di hadapannya di dalam hujan lebat yang menggila. Alah Izat ni, macam dia tak tahu aku memang sayang dia. Izat terus meraih pinggang Lina dan menggerakkan badan Lina mengikut rentak kakinya. Mereka berdua menari, bergelak ketawa dalam keadaan basah lenjun dan gembira. Tiada siapa boleh menghalang mereka dari terus bersama. Baik dalam hujan lebat mahupun dalam panas siang.

"Na, tunggu kejap aku nak ambil sesuatu"

"kau nak pergi mana? jangan tinggalkan aku sorang dekat sini"

"Kejap je. Kau pergi berteduh dulu dekat bus stop tu"

"kau nak pegi mana? aku taknak pergi mana-mana
selagi kau tak cakap kau nak pergi mana!"

"Kejap je. Betul, kejap je.."

Pantas Izat berlari meninggalkan Lina. Lina termangu di dalam kebasahan. Dahla sejuk, si barua ni tadi baru nak romentik sikit dia terus tinggalkan aku demi nak ambil barang. Bukan nak bawak aku sekali! Sambil merungut Lina teruskan juga melangkah ke bus stop terdekat dan duduk di situ menunggu. 

Hampir 1jam lamanya kelibat Izat masih tidak muncul-muncul. Lina kembali resah. Hujan pun dah renyai-renyai tapi Izat masih belum kelihatan. Lina terus menunggu dan menunggu. Risau kalau-kalau dia melangkah pergi, Izat akan datang dalam keadaan hampa. Lina menunggu dengan muka mencuka.

.............................................................

Semua orang tahu di hentian itu ada seorang perempuan tua yang gila. Berkebaya lusuh dan akan menerpa ke arah semua apabila ada yang datang untuk menunggu bas mahupun teksi di situ. Apa sebenarnya yang terjadi kepada perempuan tua itu mereka tidak tahu..



"Maafkan aku Na....."


Angin kuat terus bertiup menandakan tidak lama lagi awan mendung akan memecahkan tangisannya. Daun-daun beterbangan ditiup angin dan jatuh ke dalam longkang besar yang tidak jauh dari hentian bas itu. Tanpa sesiapa pun tahu bahawa pernah satu ketika, seorang lelaki yang mencintai wanitanya terjatuh ke dalam longkang besar yang menyerupai parit dan lemas di dalamnya. Meninggalkan satu tubuh yang kembung dan busuk berminggu-minggu dan terbiar selama berbulan. Masih, tiada siapa yang tahu. Dan Lina? Terus menunggu..

Sunday, January 15, 2012

Tendency

Masih teringat-ingat lagi waktu semalam, kita berdua bersama. Di dalam satu rumah besar kosong yang keadaannya gelap gelita. Di saat itu, kita bergelak ketawa berdua, memikirkan tuan punya rumah sudah tiada.
Sedang kau dan aku mencuci rumah besar kosong itu dengan bau hanyir dan pekat darah merah, kau tiba-tiba datang menerpa. Gelap masih gelita. Kau nyalakan satu cahaya dari mancis yang kau jumpa.

"kita kahwin?"

"buat apa kahwin, kita dah dapat apa kita mahu"

"jadi, lepas ni apa?"

"kita berambos dari sini, kita bunuh keluarga aku pulak. lepas tu baru kita
boleh pergi bercuti"

Kau datang terpa aku dengan bau hanyir darah masih melekat di baju. Terus, gegak gempita ketawa kita seperti hantu. 

"kalau 1 dunia halang kita sekalipun, tenaga kita berdua sahaja dah boleh
bunuh mereka semua kan?"

Aku masih tersenyum. Dan terus membasahkan lantai rumah besar kosong itu dengan penuh rasa ceria. Ya, dunia ni, kita yang punya.

Saturday, January 14, 2012

Friday, January 13, 2012

Semalam kita bermalam.

Ash pandang keliling, sepi. Penuh warna putih menutupi dinding. Ash bingung. Ash pusing pandang sisi cermin di tepi katil, pun, serba putih. Ash pelik.

"aku kat mana ni sial? apesal semua putih? aku dah jadi malaikat ke?"

Ash bangun dari katil. Ash lari. Lari jauh panjat tangga sampai tangga yang terakhir. Di tepi sudut, ada satu pintu, pintu yang menghubung ke bumbung. Ash buka pintu, Ash keluarkan seluruh badan dari pintu yang sempit. 
Ash nampak satu pemandangan penuh kelam kabut habuk dan asap. Ash dengar jerit pekik deruan enjin kenderaan dan suara-suara sumbang manusia. Ash rimas.

Sedang Ash berteleku, Ash teringat sesuatu. Satu imej terlintas di kepala. Satu babak keudara.

"Ash, nak pegi mana tu?"

"buat apa kau nak tahu hah sial?"

"Ash, kenapa kau jadi macam ni?"

"woi, buat apa aku nak duduk rumah macam tempat sampah ni?
tempat sampah lagi besar selesa kau tau tak? yang kau pegi lahirkan aku buat apa?
dah tau bodoh, miskin nak beranak jugak.! gampang!"

"ape Ash cakap ni Ash? sanggup Ash cakap dekat ibu macam ni?"

"diamlah orang tua bodoh!!! aku menyampah dengar suara kau!!!!"

Imej, bayangan dan babak pendek tadi terus hilang. Ash terkedu. Ash tak mampu ingat apa-apa. Ash kerling badan sendiri - satu sut pakaian putih pesakit terlekat di badan. Tak mungkin! Tak mungkin! Ibu!

Belum sempat Ash lari turun dari bumbung tersebut ke pintu kecil tadi, Ash terdengar suara perempuan memanggil.

"Ash, anak ibu"

"ibu???!"

"mari Ash, ikut ibu"

"ibu buat apa dekat bumbung tu? sorry ibu Ash kasar2 dengan ibu sebelum ni"

"tak ape, mari sini, ibu nak peluk anak ibu"

Ash tersenyum dan terus menggamit perempuan itu - perempuan yang mengaku dirinya bernama ibu. Makin dekat langkah Ash, makin jauh perempuan itu pergi. Ash terus lari dan kejar ibu. Setelah hampir dan dapat capai sut putih ibu, perempuan itu terus berpaling dan menjelirkan lidah nya yang pnjang dgn muka yang menggerunkan. Satu wajah yang penuh ulat dan darah menyeringai di hadapan Ash. Gigi yang tajam serta lidah yang panjang itu terus terjelir persis anjing yang inginkan makanan tambahan seperti daging kucing.

Belum sempat Ash menjerit, perempuan berambut panjang bermuka ngeri itu terus memeluk Ash dan mereka jatuh bersama-sama. 

"anak ibu, ibu sayang Ash tau..."

Hospital bahagia itu terus dimuntahi dengan suara nyaring perempuan tua yang sedang ketawa gembira.

Tuesday, January 3, 2012

New Year what? It's almost kiamat right?


*keep your gesture, keep your posture, alive*