Monday, January 23, 2012

Satu.

Sedang aku berlari-lari setelah terjaga dari tidur, aku lihat sekeliling, dan lihat tubuh sendiri. Hitamnya! Aku terus meraung tanpa suara. Menjerit, memekik, melolong tapi suaraku kontang. Terus, aku takut. Aku gigil. Aku gentar. Aku terus berlari dan terjatuh, bangun dan masih terjatuh. Aku pantas meneruskan perjalanan dengan merangkak. Hingga habis lutut aku koyak parah. Rabak. Aku terkejut. Aku pandang sisi aku. Sepi. Aku pandang belakang, gelap. Aku jeling depan, senyap. Aku menangis. Aku taktahu kenapa tapi aku menangis. Saat aku tergapai-gapai persis ikan tanpa air, aku menggelupur melihat warna merah yang mencurah-curah keluar dari tempurung lututku. Aku lap tanpa jemu. Aku hidu. Aku jilat tanganku. Aku teruja.


"dan mayat perempuan ini dijumpai di sekitar lorong gelap dipercayai
mati kerana kehilangan banyak darah sehingga tubuh nya menjadi
susut"


Dari atas, aku tersengih melihat badan aku sendiri. Dan meneruskan perjalananku seperti biasa. Anehnya kali ini aku mampu bersuara hinggakan mereka-mereka yang mendengar boleh berlari gegak gempita. Bahagia.