Sunday, January 22, 2012

Kejap je.

Lina jeling jam tangan. Hujan masih gila melebat. Lina resah. Jam hampir menginjakkan waktu ke tengah malam tapi yang ditunggu masih tidak muncul-muncul. Tempias hujan nakal membasahi hampir seluruh pelusuk wajah Lina. Lina risau.

Sedang Lina masih menunggu, satu susuk tubuh dari jauh sedang perhatikan Lina sambil tersenyum.

"Na!"

"ape kau ni?! aku tunggu lama tau! kenapa tak bawak payung?"

"Saje. Hmm jom kita main hujan? Nak?"

"kau gila? dahla aku tunggu kau datang sikit punya lama! lepas tu
ajak main hujan pulak. taknaklah!"

Izat terus menarik tangan Lina dengan pantas. Menjerit Lina dibuatnya. Terus, Lina berlari berpegangan tangan bersama Izat di dalam kebasahan malam hujan. Seronok pula! Habis basah seluruh badan, dan Izat melutut di hadapan Lina.

"weh apa ni?"

"Sudi tak kau jadi puteri aku?"

"hmm jangan la macamni, bangun dulu malu lah kalau orang nampak"

"Na, aku rindu kau.."

"hai, dah depan mata pun rindu ke?"

Lina ketawa gembira dan terus menarik Izat dari terus-terusan melutut di hadapannya di dalam hujan lebat yang menggila. Alah Izat ni, macam dia tak tahu aku memang sayang dia. Izat terus meraih pinggang Lina dan menggerakkan badan Lina mengikut rentak kakinya. Mereka berdua menari, bergelak ketawa dalam keadaan basah lenjun dan gembira. Tiada siapa boleh menghalang mereka dari terus bersama. Baik dalam hujan lebat mahupun dalam panas siang.

"Na, tunggu kejap aku nak ambil sesuatu"

"kau nak pergi mana? jangan tinggalkan aku sorang dekat sini"

"Kejap je. Kau pergi berteduh dulu dekat bus stop tu"

"kau nak pegi mana? aku taknak pergi mana-mana
selagi kau tak cakap kau nak pergi mana!"

"Kejap je. Betul, kejap je.."

Pantas Izat berlari meninggalkan Lina. Lina termangu di dalam kebasahan. Dahla sejuk, si barua ni tadi baru nak romentik sikit dia terus tinggalkan aku demi nak ambil barang. Bukan nak bawak aku sekali! Sambil merungut Lina teruskan juga melangkah ke bus stop terdekat dan duduk di situ menunggu. 

Hampir 1jam lamanya kelibat Izat masih tidak muncul-muncul. Lina kembali resah. Hujan pun dah renyai-renyai tapi Izat masih belum kelihatan. Lina terus menunggu dan menunggu. Risau kalau-kalau dia melangkah pergi, Izat akan datang dalam keadaan hampa. Lina menunggu dengan muka mencuka.

.............................................................

Semua orang tahu di hentian itu ada seorang perempuan tua yang gila. Berkebaya lusuh dan akan menerpa ke arah semua apabila ada yang datang untuk menunggu bas mahupun teksi di situ. Apa sebenarnya yang terjadi kepada perempuan tua itu mereka tidak tahu..



"Maafkan aku Na....."


Angin kuat terus bertiup menandakan tidak lama lagi awan mendung akan memecahkan tangisannya. Daun-daun beterbangan ditiup angin dan jatuh ke dalam longkang besar yang tidak jauh dari hentian bas itu. Tanpa sesiapa pun tahu bahawa pernah satu ketika, seorang lelaki yang mencintai wanitanya terjatuh ke dalam longkang besar yang menyerupai parit dan lemas di dalamnya. Meninggalkan satu tubuh yang kembung dan busuk berminggu-minggu dan terbiar selama berbulan. Masih, tiada siapa yang tahu. Dan Lina? Terus menunggu..