Sunday, January 15, 2012

Tendency

Masih teringat-ingat lagi waktu semalam, kita berdua bersama. Di dalam satu rumah besar kosong yang keadaannya gelap gelita. Di saat itu, kita bergelak ketawa berdua, memikirkan tuan punya rumah sudah tiada.
Sedang kau dan aku mencuci rumah besar kosong itu dengan bau hanyir dan pekat darah merah, kau tiba-tiba datang menerpa. Gelap masih gelita. Kau nyalakan satu cahaya dari mancis yang kau jumpa.

"kita kahwin?"

"buat apa kahwin, kita dah dapat apa kita mahu"

"jadi, lepas ni apa?"

"kita berambos dari sini, kita bunuh keluarga aku pulak. lepas tu baru kita
boleh pergi bercuti"

Kau datang terpa aku dengan bau hanyir darah masih melekat di baju. Terus, gegak gempita ketawa kita seperti hantu. 

"kalau 1 dunia halang kita sekalipun, tenaga kita berdua sahaja dah boleh
bunuh mereka semua kan?"

Aku masih tersenyum. Dan terus membasahkan lantai rumah besar kosong itu dengan penuh rasa ceria. Ya, dunia ni, kita yang punya.