Wednesday, March 27, 2013

Satu Hari,

Azie si gadis belasan tahun yang comot. Pulang ke rumah, bersusah payah dia menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Sebelah petangnya pula, mengejar pelanggan di sisi bukit untuk karipap berisi kentang dan cucur badak hasil buatan tangannya.
Malamnya? Sepi.

Tapi Azie beperwatakan ceria. Sesusah mana sehabis daya mahu meneruskan persekolahan pun, Azie sanggup. Teganya cita-cita Azie adalah ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan berbakti untuk kesenangan keluarga.

Disebalik sikap makruf yang diamalkan, ada satu rahsia besar yang tidak diketahui Azie. Rahsia bahawa Azie sebenarnya datang dari mana. Dan rahsia malam-malam yang diiringi mimpi ngeri. Mimpi yang seringkali Azie rasa sakitnya setelah bangun di waktu pagi.


"satu hari nanti, aku akan kembali kepada semua dengan harta yang melimpah ruah"

tapi kau tahu kau siapa?

"apa maksud awak?"


Seorang laki-laki yang umurnya lebih kurang sebaya dengan Azie tersenyum sinis. Senyuman itu! Azie rasa macam pernah nampak! Tapi samar-samar. Ah. Siapa lelaki ini?


bapa yang kau anggap bapa itu, bukan ayah kandungmu Azie. dia bapa ku. ayah kandungmu tak ada, dah kena humban dalam parit lepas buntingkan ibumu. orang kampung dah bantai dia dari dulu. bapa yang kau anggap bapa tu, belum pernah pun berkahwin dengan ibumu. dia hanya bagi tempat untuk kamu berdua berteduh. siapa kamu untuk kami tanggung? dasar anak luar nikah.


Belum sempat Azie memproses semua data yang keluar dari mulut sang lelaki, lelaki itu terus menyambung, "jumpa lagi malam ni Azie", sambil mempertontonkan gigi dan senyum sinisnya sekali lagi.

Azie terpempan. Satu hari nanti, kamu semua aku bunuh!!! Pekik Azie di dalam hati sambil melangkah ke pondok usang yang menempatkan seorang ibu tua yang lumpuh kakinya.

Tuesday, March 26, 2013

Red Perfect Tree

Cox snapped when he sees a brunette girl wondering around the park where he left the 'thing' exactly in the same place. The girl is now chasing a dog with a bright looking smile on her face.

Cox take a smooth walk to her and stopped right beside her. She's panting and soon taking her deep breath and giving a glance to Cox. The colour of the girl's eyes, is blue. Exactly like the colour of an ocean. Beautifully amazing.

"tired, huh?", asked Cox.

"not really. have we met before?", she then running her hand softly through her brunettes' hair.

"I don't think so. is that your dog?"

"Nope, it's not. I just love playing with dog and such.."


And the owner of a pair big pretty blue eyes starting to walk. She didn't look back at Cox or inviting him for a walk at all. She just walk and walk till she disappears from Cox's view.

Cox take a few minutes of his actual sane before he decided to follow her.


"Is that really him, Leisha? I wouldn't mind to take your place afterall...."


Cox froze at his own stands. He once buried a body under the red tree and now he saw the brunette girl with amazing blue eyes playing with a black gun which used to be Leisha's. The girl that he killed.

And the scream being one of the loudest scream ever in that evening.. It wasn't as close as howling yet but it sure sounds scary.

Monday, March 25, 2013

Mengidam

Ini topik tipikal. Perempuan dan mengidam. Bukan perempuan mengandung je reti mengidam, mak, nenek, kakak pun reti. Kebiasaannya yang dah capai level maturity dan puberty. Mengidam ni macam-macam jenis. Kalau tak pernah mengidam, aku rasa tu bukan perempuan. Dah nama pun kami ada 9nafsu. Bukan?


1. Mengidamkan makanan. Nak makan manis-manis, nak makan sup, taknak makan nasi. Yang ni selalu terjadi pada perempuan yang sedang bermenstruasi.


2. Mengidam nak tengok cerita lovey-dovey dan chick flick. Mungkin lebih sesuai dinamakan pengidaman di atas sebab musabab yang berkaitan dengan hati atau patah hati.


3. Mengidam tengok action movie/thriller dan cerita hantu. Yang ni mungkin lebih kepada memang dah mengidam nak jerit dan untuk mengelak jadi sakai dan pelik, kenalah pasang cerita hantu dan aksi supaya gaya jeritan lebih kepada emosi yang teratur dan kena pada masa.


4. Mengidam nak baca novel sayu, cinta dan ect. Ni, no komen. Perempuan. Hati tisu.


5. Mengidam nak karaoke. Yang ni normal. Rasanya orang lelaki pun selalu buat, tapi istilah guna pakai dekat perempuan, memang mengidam. Kahkah.


6. Mengidam nak drive laju-laju satu hari suntuk dan pulang ke rumah.


7. Mengidam untuk mandi ke pantai.


8. Mengidam untuk membeli-belah barang dapur mahupun pakaian dan juga kasut.


9. Mengidam untuk tidur tanpa berbuat apa-apa sepanjang masa.


10. Mengidam untuk bermain secara rawak dengan mana-mana bayi berdekatan mahupun bayi kepada sesiapa yang tidak dikenali.


Perempuan ni, manja. Perangai? Jangan cerita pelik dia. Kalau satu saat dia terleka, terluah ketawanya. Berpuluh saat dia berjeda, terburai air mata segala. Perempuan ni kompleks. Hati sensitif, jiwanya tebal. Akalnya 1, nafsunya 9.

Jadi, aku hanya senaraikan separuh sahaja perkara yang selalu buat kami tanpa usul menjadi teringin. Teringin tu lebih senang cerita nya mengidam. Tapi emak aku marah sebut perkataan teringin dan mengidam. Dia selalu ajar aku supaya hargai benda yang dah ada di depan mata. Jangan selalu disebut-sebut apa yang dimahukan. Itu nafsu, bukan ikut logik akal. Nafsu kita kan berperingkat? Soal emak.

Aku punya jenis mengidam? Aku lebih kepada mengidam tengok cerita dan kepada makanan. Setakat ini aku tak pernah lagi mengidam hendak yang mahal-mahal. Cuma mengidam buka mata nampak pantai.

Tapi tadi, pertama kali aku dengar benda baru. Kak Ani di ofis yang sedang mengandung. Muka sedih mata berkaca macam baru lepas menangis. Aku tanya kenapa? Kak Ani jawab,


"akak mengidam nak bau ubat gegat", sambil tenyeh kedua-dua belah matanya yang membengkak.

Friday, March 15, 2013

Husband & Wife

Aku bangun macam biasa termenung barang sejam dua sebelum memulakan kerja-kerja penyusunan barang di dalam beg. Setelah mandi sambil menunggu rambut kembang kering dengan sendiri, aku pandang sepi baju-baju yang dah berlipat. Gila, bukan nak bawak pun semua benda tu balik. Balik kali ni, mak bawak laptop je nok.

Disebabkan memang merancang untuk menaiki teksi sebab komfem tunggu bas entah tahun bila nak sampai, tambah lagi naik bas berhenti banyak tempat lepas tu sangkut dalam traffic jam sdhjfhdjfhdjf baik balik minggu depan je. Dahlah sepatutnya balik hari khamis lepas tu tertangguh terus postpone hari ni which is jumaat.

Setelah berjalan kaki agak jauh selama 15minit dan ketiak hampir basah, aku singgah guardian beli plaster. Beauty is pain orang putih cakap. Memang la tu. Kasut baru yang aku suka, telah menyebabkan kemelecetan di kaki makin menjadi-jadi. Sementara tunggu teksi, habis aku tampal kaki dengan plaster sebanyak 3plaster setiap satu kaki.

Aku taktau pemandu teksi buta atau hanya pura-pura buta bila aku tahan mereka di tepi jalan. Takkan tak nampak aku yang sebesar bukan lidi ini? Takkan nak kena pakai net socks yang panjang sambil liak lentok kan kaki sambil melentik di tepi jalan supaya mereka berhenti? Benci! Benci! Lebih kurang 4teksi jugak lah buat muka poyo dan tak berhenti langsung bila nampak aku!

Sampaikan ada satu teksi ni dia macam perlahan sikit, terus aku tahan sambil lompat masuk. Terkejut uncle tu bila aku cakap "nak pergi KL Sentral". Lepas tu aku pulak terkejut bila uncle tu cakap "haiiya today is Friday, nanti jam aaa".

Gila. Jangan lah si uncle ni suruh aku turun pulak sebab aku memang dah naik dalam teksi dia. Tapi belum sempat aku berpura-pura sedih, uncle tu terus senyum cakap customer is first. Wah, terus rasa macam ada connection di antara kami!

 Uncle teksi yang peramah itu memulakan perbualan dengan aku.

"i actually wanna meet my wife"

-ala sorry la uncle, you call your wife first and tell her you gonna be late lah

"biarlah itu wife. ada gaduh sikit, i don't like her at this time. i am mad at her"

*aku rasa awkward dan terus senyap*

"you so young girl girl, ini masalah husband and wife punya"


Perjalanan diteruskan dengan sedikit sebanyak rahsia berkaitan rumahtangga dan suami isteri.

Thursday, March 14, 2013

The Big Bluff

So I heard people are saying that there's actually a big bad memory behind any of good stories. It's like some of the writers are actually hallucinated or crazy or just having a tough life. And so, no matter how good you are and how capable you are writing a tell, you're actually a pretty mess.

I lied most of the time. About my feelings to anyone. I sometime putting myself into a fake story just to make myself calm. Like how great I deal with my problems but frankly, I just run. The shame of other people knowing about the truth makes the whole tiny bit became regular big shit. It's like you let your enemies pulling gun onto your forehead.

Good stories are more like an appealing fantasy to make others flown. Nothing about stupid unicorns but all of 'em has a perfect ending. I wish to conquer the dot but somehow on uncertain decisions make me lost even more. Till I heard to this,


"you're a good actress but too bad you're a big mess that must've gone
through quite rough times. and i'm looking forward to read some more"





A total junk could also be a harmless pearl for me. But I think most of the thoughts are true, I should gather myself around with the others (messers) and share the truth. This time, I don't have to put on makeups to cover all the bruises that I've been keeping for so long anymore.

Dosa

Malam ini ami mempunyai janji temu bersama faiz di tempat biasa yang mereka janjikan untuk perjumpaan yang diaturkan di saat-saat akhir. Setelah hampir 45minit menunggu, batang tubuh faiz muncul dengan motornya yang berbunyi mengalahkan bunyi kuat ekzos yang dikeluarkan dari corong bawah lori muatan berat.


Ami mengidam sate. Demi memuaskan hati sang puteri, faiz membawa ami ke gerai tepi jalan yang sentiasa dipenuhi dengan kucing gemuk yang menjual sate, nasi lemak ayam goreng rangup lazat dan juga disediakan perkhidmatan shisha. Lampu-lampu pendaflour yang menerangi setiap gerai disitu menyerlahkan lagi suasana keliling jalan yang agak suram.


Setelah berbual perihal dongeng cinta mereka yang utuh, ami memberi hint kepada faiz untuk ke satu tempat. Rutin harian mereka yang bertuhankan nafsu. Bukan senang untuk berjumpa selalu. Ami dan faiz berjalan berpegangan tangan ke motor kapcai yang selalu menjadi saksi kepada segala kerja hitam dan jenayah yang mereka lakukan bersama.

Kali ini, ami dah taknak pecah masuk rumah orang lagi. Malam ini merupakan malam istimewa untuk menjamu kekasih hati dengan adegan lain. Faiz bisik sesuatu kepada ami sambil ami terkekeh ketawa. Mereka meneruskan perjalanan ke satu lorong gelap yang kelihatan asing. Terus faiz berhentikan motor dan memarkir di sudut berdekatan longkang sambil ami melilau mencari sesuatu di dalam timbunan kotak sampah di lorong itu. Ah, tak ada! Ami berlalu dengan muka hampa.

Sudah lama mereka tidak meratah daging bayi segar mahupun yang hampir berulat ditinggalkan di lorong-lorong gelap yang kecil. Mungkin kerana pembuangan bayi telah dapat dipantau membuatkan mereka termangu di sisi lorong dengan perasaan berkecamuk maha hebat. Malam ini patut nya merupakan malam cinta. Malam meratah daging bersama, dan malam ceria mereka berdua.


Faiz mengusap peluh jantan yang meliar turun dari dahi dan menarik tangan ami ke satu sudut. Faiz cumbu pipi ami dengan rakus dan mengucup bibir merekah ami dengan kusyuk. Gersang. Itu yang faiz rasakan sekarang. Sedang mereka asyik melayan cinta yang datang dari hawa nafsu gerak tubuh badan mereka, tiba-tiba ada satu cahaya terang menyuluh ke arah ami.

"cepat! betulkan seluar awak sekarang!" bisik ami dengan gopoh ke telinga faiz. Malang tidak berbau, sebelum sempat faiz dan ami melarikan diri, cahaya suluan yang datang dari lampu kecil kepunyaan polis menyebabkan langkah faiz terhenti. Dua pemuda yang berpakaian polis menaiki motosikal telah menghalang laluan mereka dan menyebabkan larian mereka terhenti. Berpeluh-peluh faiz me reka idea setelah dijerit berhenti oleh polis berdua itu. Sudahlah kerja tergendala, puas pun belum lagi, nak kena berdepan dengan anjing berdua ni pula? Bentak hati faiz.


..................................................................................................



Terbang 400 faiz demi pertahankan ami yang molek benar menangis dari tadi. Menangis takut akan kenyataan polis untuk menyeret mereka ke balai atas kesalahan berkhalwat. Hampir sejam memujuk untuk tidak membawa ke balai, barulah polis berdua itu menyatakan persetujuan mereka dengan jaminan duit sebanyak 400 ringgit malaysia. Itupun setelah habis merayu supaya tak melibatkan ami. Faiz sayang ami, mana mungkin dia biarkan ami terheret sekali walaupun memang dah terang lagi bersuluh salah mereka berdua. Kesian ami takut sampai nangis menggigil.

Setelah memberi rasuah kepada polis-polis itu, faiz tarik tangan ami cepat-cepat. Kad pengenalan mereka telah dipulangkan kembali dan kes itu beres macam tu sahaja. Faiz masih geram. Faiz follow motor si polis berdua perlahan-lahan dari arah belakang sambil tangan kirinya menggenggam sesuatu. 

Setelah hampir dengan motosikal polis-polis itu, faiz terus menghalakan sepucuk pistol yang dipegangnya dari tadi ke arah mereka berdua. Banggg! Baaaaanggg! Dua das tembakan dilepaskan. Tepat ke dada yang ditembusi dari bahagian belakang badan mereka.

Ami turun dari motor dan mengambil kembali duit not 50ringgit sebanyak 8keping dari poket baju mereka yang berdarah dan terus berlari ke arah faiz dan memeluk faiz erat-erat.
"terima kasih pertahankan saya" bisik ami sambil mencium lengan faiz.

Wednesday, March 13, 2013

Bunian bulan

Dari sebatang, sebatang sehingga ke kotak lompong fifi kerjakan. Terus merungut dan membaling kotak bewarna putih bertulis Marlborro itu."Ahhhh!!!!", fifi menjerit dan mengusutkan rambut dengan kedua belah tangan. Fifi pejam mata. Rapat-rapat.

Di tasik yang sama berdekatan satu pondok kayu bewarna coklat kehitaman, perempuan itu memandang tingkah laku fifi dengan hairan. Sedari 3jam yang lepas, si gadis melihat tanpa jemu pemandangan aneh bertentangan dengannya yang diciptakan oleh fifi. Hembus asap rokok, habiskan rokok tanpa jemu, dan menjerit bagai orang sakit. 

Depresi mental?

Lalu si gadis dengan niat ingin menolong, terus mencari raja. Raja merupakan ketua perkampungan indah berdekatan dengan tasik dimana fifi mempertontonkan aksi kusut sakit jiwanya. Si gadis terus ke kamar raja dengan tujuan meminta tolong.


"nia nak dia papa", sambil jari telunjuk mengarah ke arah fifi.



................................................


Sedar-sedar, fifi berada di atas kamar indah yang agak pelik bagi pandangan mata manusia biasa sepertinya. "Aku kat mana ni?" soal fifi sendiri di dalam hati sehingga dua anak kecil yang persis mukanya sendiri berlari berkejaran ke arah fifi sambil menjerit papa.



ps: jangan selalu sangat tensi lepak depan tasik senja-senja. tak elok tau!

Pengantin

Di dalam kamar pengantin yang baunya lebih menarik dari bau wangi Lisa Surihani, Maria duduk di hujung katil. Sipi betul. Wajah berserinya sesekali dijeling di cermin menaikkan lagi rasa debar yang ada.
Dud dud, dud dud. Lain macam betul bunyi jantung kali ini.

Pintu kamar berkiuk menandakan ada seseorang yang cuba membukanya dari luar. Tak sampai 5saat, seorang pemuda tegap berwajah ala model melangkah masuk bersama sut lengkap pengantin berwarna putih. Lelaki itu memandang Maria, lama.

Kali ini, Maria menginjakkan tubuhnya ke tengah katil dan tersenyum."manis" sebut lelaki berbaju melayu itu di dalam hati. Perlahan Eddy melangkah dengan gaya macho ke arah Maria dan terus melabuhkan badan ke tengah katil. Mereka berpandangan kali ini berbicara dari hati ke hati melalui pandangan mata.


"awak cantik betul hari ini"

-awak apa kurangnya. macam nak pergi bersilat siap dengan tanjak tu

"terima kasih kerana sudi untuk menjadi sebahagian dari hidup saya"


Eddy pegang tangan Maria. Maria tepuk peha Eddy sambil menghuraikan butang baju melayu berdekatan leher Eddy satu persatu. Eddy senyum.



-saya nak ke tandas sekejap, abang berehat lah dulu


Panggilan mesra Maria kepada Eddy membuatkan Eddy makin melebarkan senyuman menawannya. Eddy baring ke tilam katil yang empuk sambil membayangkan keindahan yang bakal dikongsi bersama Maria sebentar lagi. Sambil terbayang, sambil melawan rasa kantuk.

Perlahan langkah Maria menghampiri katil. Setelah pasti dengan bunyi dengkuran halus yang keluar dari mulut lelaki bertubuh sasa itu, Maria nekad. Maria mencapai satu bantal dengan pantas dan terus menekapkan bantal tersebut ke muka Eddy. Maria tekan. Kuat. Bergoncang katil pengantin itu dengan tindak balas Eddy yang menggelepar inginkan udara. 

Setelah berpuas hati, Maria terus membuka tingkap bilik dan memanjat keluar melalui tingkap tersebut. Rumah kampung itu yang hanya setingkat memudahkan lagi urusan keluar Maria. Laju-laju Maria ke arah pokok pisang di bahagian belakang rumah.
Sekarang, kita dah boleh lari dan hidup bersama! Ujar Maria yang kelihatan tergopoh-gopoh berlari anak seorang diri tanpa sesiapa pun sebenarnya disisi.


Sunday, March 10, 2013

Kayu

Terus-terang aku sejuk. Tapi tubuh aku tak menggigil langsung. Kenapa? Rasa macam bisu. Hendak bersuara tapi payah. Seperti anak tekak sudah kontang dan langsung tidak berpihak kepada ku. Kenapa?

Aku cuba buka mata. Perlahan. Aku kerdipkan mata, laju-laju. Gelapnya! Ingin aku tolak dengan sekuat hati benda hitam yang menghalang pemandangan ini dengan tangan kanan tapi, ah. Tak boleh angkat!

Tiba-tiba aku rasa macam dalam wayang. Satu skrin yang betul-betul cukup besar dengan sejenis benda seperti kotak yang menghalang pemandangan aku sedari tadi, terpampang depan mata. Alah, macam bila kau naik bas atau kapal terbang lepas tu ada tv kecil dekat belakang kerusi tu lah. Bezanya, sekarang ni aku terbaring, tak boleh duduk apatah lagi nak bangun kuatkan volume.

Skrin tu melayarkan sejenis cerita. Boleh tahan panjang. Mula-mula cerita pasal seorang bayi comel diselaputi darah-darah lahir ke dunia, kemudian bayi menyusu, bayi tengah makan, bayi ah... cerita ni pasal bayi ke?
Oh kejap, dah ada perkembangan. Bayi ni macam dah besar pulak. Oh, aku tahu. Mesti ini cerita pasal bayi yang di dalam cerita ini yang tak aku tahu langsung namanya.

Bayi membesar menjadi seorang kanak-kanak perempuan kecil. Eh. Itu macam aku....
Bayi itu, aku?

Panasnya! Panasnya! Belum habis tengok cerita lah! Siapa yang bukak lampu ni? Silaunya! Matahari boleh masuk dalam tempat gelap ni??

"arwani illia binti nor intan kamalia"

Nama aku kena seru dengan suara yang paling manis pernah aku dengar.







....................................






Terkejut Pak Teh pabila terdengarkan persis suara manusia meronta dari dalam keranda kayu itu. Tapi, Pak Teh dah biasa. Pak Teh terus menyambung sapuannya yang terhenti di tanah perkuburan islam itu dengan alunan zikir munajat.

Saturday, March 9, 2013

Hari-hari, Hari Mama

Aku ni anak bongsu yang jauh jaraknya dengan adik beradik lain. Masa aku bersekolah rendah, kedua-dua kakak aku dah berkahwin. Masuk sekolah menengah, rumah tu memang rumah aku sorang. Ya, sebab aku tak payah berkongsi dengan adik beradik yang lain. Satu-satunya abang aku yang dari dulu (bujang) hingga kini (dah jadi bapa orang) yang sentiasa bertelagah bila berada di bawah satu bumbung denganku, bekerja di Perlis semasa aku bersekolah menengah. Senang cerita, aku selalu rasa the only kid bila kesemua adik beradik aku tiada di rumah.

Aku ni manja. Manja persis anak tunggal. Yang bila pegi mana-mana dari kecil dah dididik dan dah terbiasa sorang-sorang. Rumah kakak sulungku yang dipanggil along berada di kota lumpur. Dulu sebelum kakak kedua aku berkahwin, selalu juga kami jadi babysitterkepada anak along ku. Selepas kakak kedua berkahwin, aku pula yang akan datang ke kota lumpur tapi kali ini bersendirian menjadi babysitter. Nafsu seorang anak bongsu yang sentiasa merasakan diri seperti anak tunggal satu masa dahulu meronta-ronta untuk menyayangi bayi.

Menjadi yang bongsu pada waktu kecil, yang sentiasa tak bersyukur selalu meminta perkara yang bukan-bukan. Contohnya menyoal mama setiap masa bila aku akan ber adik. Dan juga meminta mama memberikan aku seorang abang yang tuanya hanya setahun dua dari ku yang tak akan tinggalkan aku bermain di rumah sorang-sorang dan takkan makan coklat kinder bueno kepunyaanku di dalam peti ais.

Heh, mana lah aku faham. Yang aku tahu permintaan aku hendak lah diturut kerana aku terlalu bosan tiada teman. Hanya ada mama. Mama pula seorang guru tadika dimana satu masa dahulu mama merupakan seorang jururawat. Korbankan satu jawatan yang disuka kepada satu cita-cita yang dicinta. Disebabkan sejak berumur 8tahun aku sering sakit, mama korbankan pula cita-cita nyawanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Ah, tapi budak seusia itu tak pernah sedar diuntung. Masih mahu bermain dengan teman-teman sedangkan sudah punya emak di rumah. Selalu juga mama kesana kemari bersama-sama ku mencari barang-barang sekolah mahupun kertas-kertas warna, pensil warna dan pemadam-pemadam kecil yang aku perlu tibanya saat subjek pendidikan seni di dalam kelas. Subjek yang paling aku suka. Dan mama seperti menjadi p/a aku kerana mama juga suka subjek yang sama.

Sejak dari 8tahun sehingga kini, mama sentiasa ada disampingku yang rata-rata kawan sekolah menengahku sudah tahu yang aku anak bongsu, bukan anak tunggal setelah bermacam jenis kereta yang menjemput aku dari sekolah. Sekejap kereta kakak ku. Sekejap kereta mama ku. Dan bila abangku pulang bercuti ke rumah, kereta abang pula yang setia menunggu aku di luar pagar belakang sekolah untuk menjemput ku pulang.

Sehinggalah aku melangkah ke alam universiti, alam kampus, alam dimana semua muka baru yang segak-segak, cantik-cantik tetapi ada perasaan cengeng di dalam hati. Setibanya selesai urusan di kampus, petang itu juga mama dan keluarga ku yang lain meninggalkan aku. Aneh, dua hari aku tak nangis merindu.
Tapi, malam sebelumnya aku menangis. Menangis di dalam telefon mengadu bahawa aku takut untuk ke kolej ku sendiri yang terletaknya di atas bukit dimana tiada langsung lampu yang mengiringi jalan ke atas. Sudahlah MMS habis lambat, kawan-kawan yang baru click semuanya ke kampus lain. Menangis aku lebih kepada memberontak menyusahkan hati mama sendiri yang jauh dari mataku. Masa itu, langsung ku masih tidak faham seharusnya aku menyelesaikan masalahku sendiri bukan membuatkan mama susah hati.

Setelah beberapa hari, hari-hari yang dilalui penuh cekal dan tabah, aku terima satu mesej, "dah makan?" dari mama. Terus masa itu meluncur laju air mata dan air hidung yang keluar dari dalam badan aku. Sah, aku manusia normal yang reti merindu.

Tamat pembelajaran, aku suka merantau. Senang cerita, aku seorang yang jaaaaaaarang berada di rumah sejak aku menjejakkan kaki ke menara gading. Kuat berjalan. Dan kali ini memang tak perlukan teman. Dan apa yang bahagia, kalau aku pulang, aku akan nampak wajah mama. Pemandangan yang biasa ini berterusan hampir bertahun-tahun. Aku - lari jauh mana dan
Aku - pulang kepada mama.

Sampaikan aku terfikir, kejamnya aku yang selalu tinggalkan mama di rumah menungguku dan kejamnya aku yang selalu mengharapkan kesana-sini bersama kawan sedangkan aku dah punya personal assistant aku sendiri yang tak perlu bertanya untuk menjadi peneman terlebih dahulu. Sesibuk mana pun, dia akan sentiasa luangkan masa bersama aku. Kejam betul.

Selain p/a, peneman, mama juga merupakan kawan baikku sendiri. Dimana aku boleh bercerita apa sahaja kepadanya dan juga mendengar cerita. Mungkin kerana bakat dan juga sifat seorang guru, dia juga rajin berkongsi cerita. Selalu bercerita pasal nabi, pasal pengalaman menarik beliau di Mekah, pasal kahwin dan juga pasal anak. Kasar macamana pun aku, aku masih seorang anak perempuan yang wajib diberitahu tentang itu. Tentang "satu hari nanti, syurga kamu di bawah tapak kaki suami".

Mungkin kerana dibesarkan dengan suasana yang berlainan berbanding orang lain, aku susah untuk menuturkan perkataan seperti I love you dan juga I miss you kepada orang yang paling aku sayang. Mama pun begitu. Kami lebih senang menjelaskan dengan perbuatan. Tapi kadang-kadang perbuatan aku menyakitkan. Bila menjauh, hanya dalam hati sahaja mampu aku ucapkan "orang sayang mama". Aku berharap sangat kelemahan ini dapat dibaiki secepat mungkin.

Mama juga seorang tukang masak, tukang baiki paip rosak dan segala jawatan yang tak sangka mampu dijawat olehnya. Dia ibu dia bapa dan dia juga seorang pekebun luar biasa. Tengok sahaja rumah kami yang dikelilingi bunga-bunga bermacam warna. Sungguh beruntung jodohku menjadi anak mama dimana tiada satu benda yang tak mampu mama buat. Memasak, menjahit, buat kek, kuih raya, pendek kata semua benda mama 'terror'. Dari makanan, pakaian semasa kecil, kek bertingkat yang disambut semasa hari lahir, semua nya mama siapkan/lakukan sendiri. Mama serba serbi tahu.

Dan hingga kini, hampir 15tahun mama masih sendiri di rumah syurga kami dan masih menjadi peneman serta pendengar kepada keluh kecil aku yang kadang-kadang lupa hendak bersyukur kepada pencipta. Masih setia bersama. Masih teguh kesini kesana. Oh ya, mama sudah meningkat enam puluh tiga. Seharapnya biarlah mama hidup lagi lama ya tuhan? Kerana ingin aku sambut hari hari bersamanya, hari Mama. Selamat hari wanita sedunia mama, selamat hari perwira.

Doh berkrim

Sedang kina ralit menonton siri kegemarannya secara illegal, loceng pintu rumah berbunyi menandakan ada tetamu di luar pintu.
Adi berdiri sambil memegang satu bungkusan plastik.
"nah"
Adi berlalu.

Terdapat dua bekas makanan yang berbeza isi.
Bekas pertama dipenuhi kek cheese yang montel.
Bekas kedua dipenuhi dengan sejenis pastri yang berkrim custard, kecil-kecil.

'barang-barang awak' tu dah jadi doh bulat-bulat berkrim.
Kina senyum panjang sambil mulut asyik mengunyah pastri-pastri comel.

Friday, March 8, 2013

Kereta laju

Sedang kina berjalan, adi melangkah 3tapak lebih kedepan. Laju sungguh. Macam benci benar berjalan dengan kina. Langkah adi laju. Tak macam langkah lelaki dimamah usia dan perut selari dengan wanita mengandung.

Bila makan, adi tak banyak cakap. Kina pula jenis suka benar menyanyi sambil makan. Adi tegur.
"suara sedap takpe jugak. jangan ingat datang kedai makan nak buat show macam penyanyi pulak kat sini"
Bukan ke senang kalau adi cakap je "tak elok lah nyanyi masa makan"?

Kina suka cuit adi kalau kina berkenan dekat satu-satu barang dan bila kina nak mintak pendapat adi tentang barang yang diminat. Bila kina suruh adi pilih, adi cakap "entah. bukan saya yang nak beli/pakai. pilih jelah mana awak nak"

Mesti sakit hati kan jadi kina?
Sampaikan ada satu hari, kina tengah ikat tali kasut yang terburai betul-betul atas jalan, tak pandang kiri kanan.
Terus tunduk dan ikat. Ada satu kereta ni. Laju. Menghala ke arah kina.
Adi nak jerit, tapi adi risau tak sempat. Adi terus tolak kina dan bukkkkkkkk! melambung jasad adi ke udara dan jatuh kembali di atas jalan raya yang sama.

Menjerit kina tengok adi. Kina lari. Kina peluk adi buat pertama kali. Adi bersuara sekat-sekat
"jangan jadi macam orang bodoh ikat tali kasut tengah jalan. susah betul jumpa orang macam awak ni. bodoh"

Kina nangis. Nangis yang betul-betul nangis kali ini. Bukan nangis terasa hati lagi.

Selamat hari wanita sedunia

Hari ni aku bangun lambat. Sebenarnya dalam minggu ni, ini kali ketiga aku bangun lambat.
Selepas menempuh perjalanan tidur yang agak panjang, kepala aku rasa berat.
Macam biasa sebelum bangun mandi, makan, turun pegi dapur tengok makanan which end up aku bukan nak makan tapi hanya nak puaskan hati dan mata bahawa dekat dapur ni ada makanan macam selalu aku nampak dekat rumah sendiri, aku pam inhaler aku dulu. Tiga kali. Sunnah tau tiga kali. Semua benda tiga kali. Nak buat tujuh, pemalas. Hmm

Lepas tu aku dengar satu suara yang kerap benar aku rindu sejak-sejak ni.










Sayup je.









"malam ni saya datang, pulangkan semua barang awak"





Lama aku pandang telefon. Selamat hari wanita sedunia!

Monday, March 4, 2013

Used





"I need somebody I can chill with"

Sunday, March 3, 2013

Cermin

Bersorak aku kejar bola.
Tangkap, baling, kejar.
Tangkap, toleh, lempar.
Sampaikan tak sedar yang ada orang tengah diri tegak jaga tiang gol sambil hulurkan tangan ke atas.
Tahan aku.
Aku berhenti. Betul-betul depan muka GD. Goal Defense.
Aku pandang dia lama.
Dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Rambut dia panjang.
Panjang sangat.
Terus, aku hulur bola.
"Nah"
Dia sambut.
"Nah"
Dia hulurkan getah rambut.

Hati

Seiring dengan ulat-ulat dan bau-bauan sampah yang hanyir, busuk dan dipandang jijik bersepah merata di tepi longkang, aku berhenti.
Nangis pandang langit.
Terus jatuh terduduk.
Pegang hati.
Sakit.
Pegang hati..