Monday, March 25, 2013

Mengidam

Ini topik tipikal. Perempuan dan mengidam. Bukan perempuan mengandung je reti mengidam, mak, nenek, kakak pun reti. Kebiasaannya yang dah capai level maturity dan puberty. Mengidam ni macam-macam jenis. Kalau tak pernah mengidam, aku rasa tu bukan perempuan. Dah nama pun kami ada 9nafsu. Bukan?


1. Mengidamkan makanan. Nak makan manis-manis, nak makan sup, taknak makan nasi. Yang ni selalu terjadi pada perempuan yang sedang bermenstruasi.


2. Mengidam nak tengok cerita lovey-dovey dan chick flick. Mungkin lebih sesuai dinamakan pengidaman di atas sebab musabab yang berkaitan dengan hati atau patah hati.


3. Mengidam tengok action movie/thriller dan cerita hantu. Yang ni mungkin lebih kepada memang dah mengidam nak jerit dan untuk mengelak jadi sakai dan pelik, kenalah pasang cerita hantu dan aksi supaya gaya jeritan lebih kepada emosi yang teratur dan kena pada masa.


4. Mengidam nak baca novel sayu, cinta dan ect. Ni, no komen. Perempuan. Hati tisu.


5. Mengidam nak karaoke. Yang ni normal. Rasanya orang lelaki pun selalu buat, tapi istilah guna pakai dekat perempuan, memang mengidam. Kahkah.


6. Mengidam nak drive laju-laju satu hari suntuk dan pulang ke rumah.


7. Mengidam untuk mandi ke pantai.


8. Mengidam untuk membeli-belah barang dapur mahupun pakaian dan juga kasut.


9. Mengidam untuk tidur tanpa berbuat apa-apa sepanjang masa.


10. Mengidam untuk bermain secara rawak dengan mana-mana bayi berdekatan mahupun bayi kepada sesiapa yang tidak dikenali.


Perempuan ni, manja. Perangai? Jangan cerita pelik dia. Kalau satu saat dia terleka, terluah ketawanya. Berpuluh saat dia berjeda, terburai air mata segala. Perempuan ni kompleks. Hati sensitif, jiwanya tebal. Akalnya 1, nafsunya 9.

Jadi, aku hanya senaraikan separuh sahaja perkara yang selalu buat kami tanpa usul menjadi teringin. Teringin tu lebih senang cerita nya mengidam. Tapi emak aku marah sebut perkataan teringin dan mengidam. Dia selalu ajar aku supaya hargai benda yang dah ada di depan mata. Jangan selalu disebut-sebut apa yang dimahukan. Itu nafsu, bukan ikut logik akal. Nafsu kita kan berperingkat? Soal emak.

Aku punya jenis mengidam? Aku lebih kepada mengidam tengok cerita dan kepada makanan. Setakat ini aku tak pernah lagi mengidam hendak yang mahal-mahal. Cuma mengidam buka mata nampak pantai.

Tapi tadi, pertama kali aku dengar benda baru. Kak Ani di ofis yang sedang mengandung. Muka sedih mata berkaca macam baru lepas menangis. Aku tanya kenapa? Kak Ani jawab,


"akak mengidam nak bau ubat gegat", sambil tenyeh kedua-dua belah matanya yang membengkak.