Sunday, September 25, 2011

Gun


So yeah, it was all dream.

Tuesday, September 6, 2011

You'll know how it feels like..


..when there's actually no Mr. Right.

Saturday, September 3, 2011

SELAMAT HARI RAYA FAKERS!


Hari raya, lepak depan TV main PS2 , joy stick barai main guitar hero lagu berhantu.

Senyap pun tak apa, kita suka

Paji resah. Peluh jantan merembes. Kalah masa peluh tengah rancak tonton 3gp dan masa bermain xbox. Semalam masa tengah qeqah kuah laksa dan rendang tok buatan orang Perak, Paji ada ternampak satu susuk gadis. Pergh. Mantop habis. Yang penting Paji sempat jeling dekat leher si gadis. Putih baq hang. Kalau buat lovebite mesti merah.

Paji panjangkan leher. Paji dah tak tahan. Paji gatal satu badan.

Paji mula mengusha line si perempuan. Adik siapa? Anak siapa? Sudah berpunya? Tapi dalam hati dah mula dendang music cinta / radiohead / saosin / dashboard confessional / limp bizkit.
Pergh hebat ni. Betul-betul dah jatuh tergolek meleleh air liur tengok si pussycat.


Esok jugak Paji datang balik rumah yang Paji beraya malam tadi. Rumah makcik siapa Paji tak tahu. Yang Paji tahu Paji nak intai si gadis. Paling tidak, ikat si gadis di dalam kawah cinta penuh buih Paji. Paji mahu lebih. Paji nekad. Paji perlu kan si gadis bertahi lalat sweet di bibir. Pergh. Menggeletar kaki Paji.

Paji dah gila. Paji nak kahwin dengan si gadis tak bernama. Paji inginkan si gadis teman selamanya. Paji merisik, dia terima. Wah, bertambahlah suka. Pabila tiba malam pertama...........


Paji : "boleh aku panggil kau puteri?"

gadis : "................"

Paji : "kau tak suka?"

....................

Paji : "tak mengapa, aku tahu kau nervous, aku tak paksa"

Dari malam pertama sehingga malam kelima, isteri Paji masih tidak bersuara. Tapi Paji setia menunggu. Paji tak kisah. Asalkan Paji bahagia. Raut muka si dia pun gembira. Walaupun masih malu-malu bila mengenakan gaun malam jarang yang Paji belikan, Paji rasa indah. Walaupun orang mengata, tapi Paji peduli apa. Kahwin cepat, tidur malam berbini hoi! Kau orang ada?

Sehinggalah 10tahun usia perkahwinan mereka. Paji merasa menjadi seorang bapa. Anak kepada puteri hatinya dan tanda gagahnya cinta Paji kepada si dia. Yang hairan, Paji tak pernah lihat puteri lagi lepas puteri lahirkan baby, bayi Paji. Paji tanya papa. Paji tanya mama. Semua diam. Bisu.

"kehadapan abang yang tercinta dan tersayang. puteri ingin sujud di kaki abang dan peluk abang sekarang
tapi puteri dah jauh tinggalkan abang. maafkan puteri. puteri tak pernah bersuara dan
katakan betapa cintanya puteri dari hari pertama puteri lihat abang
hirup kuah laksa yang bersepah. bila abang hantar pinangan, puteri tanpa ragu terima.
puteri boleh rasa musik cinta kita sama. tapi abang. puteri takut.
sebab puteri ada kanser rahim. puteri takut hendak bagitahu abang.
puteri nakkan zuriat bersama abang. tapi puteri tak sanggup nak pergi dulu tinggalkan abang.
sebab tu puteri mengelak tiap kali abang ajak ber'sama'. puteri takut.
kalau puteri bersuara, mesti abang makin sayang puteri. sebab tu puteri bisukan diri.

kalau dah bersuara, mesti lagi banyak celoteh kita. nanti puteri terseksa.
jadi puteri seksakan abang dengan bisukan mulut, mata hati puteri. tak sangka
abang tak pernah tak sayangkan puteri. abang makin hari makin jatuh cinta
dengan kebisuan puteri, memang abang pelengkap tulang rusuk puteri.

jadi, puteri hadiahkan baby. semoga dia mirip puteri, dan semoga
abang cinta dia sampai mati."