Wednesday, March 13, 2013

Pengantin

Di dalam kamar pengantin yang baunya lebih menarik dari bau wangi Lisa Surihani, Maria duduk di hujung katil. Sipi betul. Wajah berserinya sesekali dijeling di cermin menaikkan lagi rasa debar yang ada.
Dud dud, dud dud. Lain macam betul bunyi jantung kali ini.

Pintu kamar berkiuk menandakan ada seseorang yang cuba membukanya dari luar. Tak sampai 5saat, seorang pemuda tegap berwajah ala model melangkah masuk bersama sut lengkap pengantin berwarna putih. Lelaki itu memandang Maria, lama.

Kali ini, Maria menginjakkan tubuhnya ke tengah katil dan tersenyum."manis" sebut lelaki berbaju melayu itu di dalam hati. Perlahan Eddy melangkah dengan gaya macho ke arah Maria dan terus melabuhkan badan ke tengah katil. Mereka berpandangan kali ini berbicara dari hati ke hati melalui pandangan mata.


"awak cantik betul hari ini"

-awak apa kurangnya. macam nak pergi bersilat siap dengan tanjak tu

"terima kasih kerana sudi untuk menjadi sebahagian dari hidup saya"


Eddy pegang tangan Maria. Maria tepuk peha Eddy sambil menghuraikan butang baju melayu berdekatan leher Eddy satu persatu. Eddy senyum.



-saya nak ke tandas sekejap, abang berehat lah dulu


Panggilan mesra Maria kepada Eddy membuatkan Eddy makin melebarkan senyuman menawannya. Eddy baring ke tilam katil yang empuk sambil membayangkan keindahan yang bakal dikongsi bersama Maria sebentar lagi. Sambil terbayang, sambil melawan rasa kantuk.

Perlahan langkah Maria menghampiri katil. Setelah pasti dengan bunyi dengkuran halus yang keluar dari mulut lelaki bertubuh sasa itu, Maria nekad. Maria mencapai satu bantal dengan pantas dan terus menekapkan bantal tersebut ke muka Eddy. Maria tekan. Kuat. Bergoncang katil pengantin itu dengan tindak balas Eddy yang menggelepar inginkan udara. 

Setelah berpuas hati, Maria terus membuka tingkap bilik dan memanjat keluar melalui tingkap tersebut. Rumah kampung itu yang hanya setingkat memudahkan lagi urusan keluar Maria. Laju-laju Maria ke arah pokok pisang di bahagian belakang rumah.
Sekarang, kita dah boleh lari dan hidup bersama! Ujar Maria yang kelihatan tergopoh-gopoh berlari anak seorang diri tanpa sesiapa pun sebenarnya disisi.


No comments: