Thursday, March 14, 2013

Dosa

Malam ini ami mempunyai janji temu bersama faiz di tempat biasa yang mereka janjikan untuk perjumpaan yang diaturkan di saat-saat akhir. Setelah hampir 45minit menunggu, batang tubuh faiz muncul dengan motornya yang berbunyi mengalahkan bunyi kuat ekzos yang dikeluarkan dari corong bawah lori muatan berat.


Ami mengidam sate. Demi memuaskan hati sang puteri, faiz membawa ami ke gerai tepi jalan yang sentiasa dipenuhi dengan kucing gemuk yang menjual sate, nasi lemak ayam goreng rangup lazat dan juga disediakan perkhidmatan shisha. Lampu-lampu pendaflour yang menerangi setiap gerai disitu menyerlahkan lagi suasana keliling jalan yang agak suram.


Setelah berbual perihal dongeng cinta mereka yang utuh, ami memberi hint kepada faiz untuk ke satu tempat. Rutin harian mereka yang bertuhankan nafsu. Bukan senang untuk berjumpa selalu. Ami dan faiz berjalan berpegangan tangan ke motor kapcai yang selalu menjadi saksi kepada segala kerja hitam dan jenayah yang mereka lakukan bersama.

Kali ini, ami dah taknak pecah masuk rumah orang lagi. Malam ini merupakan malam istimewa untuk menjamu kekasih hati dengan adegan lain. Faiz bisik sesuatu kepada ami sambil ami terkekeh ketawa. Mereka meneruskan perjalanan ke satu lorong gelap yang kelihatan asing. Terus faiz berhentikan motor dan memarkir di sudut berdekatan longkang sambil ami melilau mencari sesuatu di dalam timbunan kotak sampah di lorong itu. Ah, tak ada! Ami berlalu dengan muka hampa.

Sudah lama mereka tidak meratah daging bayi segar mahupun yang hampir berulat ditinggalkan di lorong-lorong gelap yang kecil. Mungkin kerana pembuangan bayi telah dapat dipantau membuatkan mereka termangu di sisi lorong dengan perasaan berkecamuk maha hebat. Malam ini patut nya merupakan malam cinta. Malam meratah daging bersama, dan malam ceria mereka berdua.


Faiz mengusap peluh jantan yang meliar turun dari dahi dan menarik tangan ami ke satu sudut. Faiz cumbu pipi ami dengan rakus dan mengucup bibir merekah ami dengan kusyuk. Gersang. Itu yang faiz rasakan sekarang. Sedang mereka asyik melayan cinta yang datang dari hawa nafsu gerak tubuh badan mereka, tiba-tiba ada satu cahaya terang menyuluh ke arah ami.

"cepat! betulkan seluar awak sekarang!" bisik ami dengan gopoh ke telinga faiz. Malang tidak berbau, sebelum sempat faiz dan ami melarikan diri, cahaya suluan yang datang dari lampu kecil kepunyaan polis menyebabkan langkah faiz terhenti. Dua pemuda yang berpakaian polis menaiki motosikal telah menghalang laluan mereka dan menyebabkan larian mereka terhenti. Berpeluh-peluh faiz me reka idea setelah dijerit berhenti oleh polis berdua itu. Sudahlah kerja tergendala, puas pun belum lagi, nak kena berdepan dengan anjing berdua ni pula? Bentak hati faiz.


..................................................................................................



Terbang 400 faiz demi pertahankan ami yang molek benar menangis dari tadi. Menangis takut akan kenyataan polis untuk menyeret mereka ke balai atas kesalahan berkhalwat. Hampir sejam memujuk untuk tidak membawa ke balai, barulah polis berdua itu menyatakan persetujuan mereka dengan jaminan duit sebanyak 400 ringgit malaysia. Itupun setelah habis merayu supaya tak melibatkan ami. Faiz sayang ami, mana mungkin dia biarkan ami terheret sekali walaupun memang dah terang lagi bersuluh salah mereka berdua. Kesian ami takut sampai nangis menggigil.

Setelah memberi rasuah kepada polis-polis itu, faiz tarik tangan ami cepat-cepat. Kad pengenalan mereka telah dipulangkan kembali dan kes itu beres macam tu sahaja. Faiz masih geram. Faiz follow motor si polis berdua perlahan-lahan dari arah belakang sambil tangan kirinya menggenggam sesuatu. 

Setelah hampir dengan motosikal polis-polis itu, faiz terus menghalakan sepucuk pistol yang dipegangnya dari tadi ke arah mereka berdua. Banggg! Baaaaanggg! Dua das tembakan dilepaskan. Tepat ke dada yang ditembusi dari bahagian belakang badan mereka.

Ami turun dari motor dan mengambil kembali duit not 50ringgit sebanyak 8keping dari poket baju mereka yang berdarah dan terus berlari ke arah faiz dan memeluk faiz erat-erat.
"terima kasih pertahankan saya" bisik ami sambil mencium lengan faiz.