Thursday, September 5, 2013

Musim Patah Hati

"Sekarang musim patah hati eh?", suara perempuan ala-ala manja kedengaran dari arah meja di belakangku. Soalan itu tadi dihiasi dengan bunyi gelak kecil 'kikiki'.

Aku pula menjawab terus dalam hati. Gila ke apa diorang ni? Tak belajar hukum alam ke? Musim hujan, musim tengkujuh, musim kemarau ada lah, oktaf suara aku meningkat sedikit dari dalam membunyikan fakta.

"Yelah kot, ramai sangat kawan-kawan kita sekarang ni tengah patah semangat, break dengan boyfriends. Kesian they all", jawab lagi satu suara yang menggelikan seperti ala-ala bapuk. Sepantas itu juga aku keluarkan compact powder dari dalam handbag berpura-pura menempekkan bedak ke pipi. Kalau ikutkan tujuan asal aku ingin menoleh, mungkin kelihatan agak rude jadi lebih baik aku mengintai dari cermin mini compact powderku sahaja.

Sah. Memang lelaki yang berpakaian perempuan.

Sementara topik perbualan tentang patah hati dan putus cinta dibicarakan secara langsung dari arah belakangku oleh sekumpulan gadis-gadis (dan seorang lelaki berpakaian perempuan) yang kelihatan ranggi dalam berpakaian, fikiran aku melilau entah kemana. Jam di pergelangan tangan kanan aku kerling sekilas. Aku bukan seorang yang morning person dan hari ini merupakan hari yang terkecuali untukku supaya bersiap di awal pagi berikutan sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya membawa aku ke cafe ini seawal 11:30pagi.

Orang yang aku tunggu masih tak kunjung tiba.

"Haiiiii, sorry lambatttt," teriak satu suara dari arah belakang. Suara-suara dalaman yang sedang bertelagah sesama sendiri, aku hentikan kesemuanya sekali. Suara teguran persis lemah gemalai itu seperti aku pernah dengar.

"Lambatnya you J," suara bapuk itu kedengaran begitu bingit sekali persis Didie Alias yang tengah asyik menghambur gelak kasar.

"Rileksss bukan J tak datang, kan dah datang. Lambat sikit je ada hal tadi dengan Izzam"

"Kenapa dengan Izzam?"

"Ex dia call ajak jumpa, nak merayu lah kot. Tak faham-faham ke Izzam dah ada I? Ingat Izzam nak tinggalkan I ke?" terkekeh gadis yang bernama J itu mengeluarkan tawa disambut dengan sorakan dari yang lain.

"Kenapa you tak ikut je Izzam sekali jumpa ex dia? Lagi senang. Mesti senyap terus mulut perempuan yang tak sedar diri tu," balas seorang lagi gadis.

Kedengaran J mengeluh sedikit. "Bukan I taknak, Izzam yang tak bagi I ikut. Lagipun you all tau kan masa I dengan Izzam berkenalan dia belum putus lagi dengan ex dia yang sekarang ni? Plus, it's not my fault overall if she can't even take care of her own boyfriend, I am too hard to resist right? Confirm ex dia tu budak kampung merayu dekat lelaki ishhh malulah"

Dan, gadis-gadis di belakang meja ku bersorak kegirangan sekali lagi. Aku tersenyum sedikit.

"Sorry lambat, saya ada hal tadi," suara milik seseorang yang membuatkan aku bangun seawal pagi pada hari ini yang sudah sedap dan biasa di dengar oleh cuping telingaku bertahun-tahun. Suara yang sama tetapi nada yang berlainan dari selalu.

"Tak apa, tak tunggu lama pun, kenapa awak nak jumpa saya pagi ni?", soal aku pantas sambil tersenyum.

"Saya nak mintak maaf tentang hal kelmarin, saya taktau pula girlfriend baru kawan saya tu seberani macamtu," jawab dia tenang membalas soalan aku. Jawapan yang akhirnya membawa aku berkhayal sendiri ke peristiwa kelmarin. Aku menelefon Adha dan merasa agak terkejut apabila suara perempuan yang mengangkat panggilanku. Setelah menanyakan di mana tuan punya telefon iaitu Adha dan si gadis pula menjawab dengan "tak tahu, you salah call orang lah!", aku terus letak telefon. Membuat spekulasi sendiri.

Adha pula 3jam kemudiannya menelefonku semula dengan mengatakan bahawa dia sedang keluar bersama rakan-rakan dan perempuan yang mengangkat panggilan ku pada 3jam yang lalu adalah girlfriend baru kawannya sendiri yang ingin bergurau dengannya.

Sejauh mana kemesraan girlfriend baru kawannya dengan Adha sendiri sehingga mampu menjawab panggilan telefon milik Adha? Bukankah telefon bimbit Adha merupakan hak peribadi dan privasi Adha sendiri? Sejauh mana seorang girlfriend baru seorang kawan mampu bertindak seperti itu? Tetapi soalan-soalan itu aku hanya biarkan di dalam hati.

"Okay, tapi saya ada benda sikit nak bagitahu awak ni"

"Please, please don't make it worse, saya tak ada orang lain, percayalah"

Belum sempat apa-apa, Adha dah potong cakap aku. Aku meleraikan tangan Adha yang menggenggam tangan kananku erat di atas meja.

"Ha, saya bukan bodoh. Cukuplah penipuan awak tu. Kita kenal dah terlalu lama untuk tahu samada awak menipu atau bercakap benar. Mungkin selama ni, saya diamkan sebab saya sendiri yang nak butakan mata saya. Mata hati saya. You know exactly what I meant, right?"

Sebelum Adha menyambung, seorang perempuan tinggi yang datang dari arah belakang yang mungkin sahaja ingin berlalu ke cashier yang berdekatan dengan meja tempat dudukku, berhenti mengejut secara tiba-tiba di hadapanku.

"Izz???! You buat apa kat sini??!", tengking perempuan itu kuat. Membuatkan aku tersenyum kerana walau secantik mana pun pakaian perempuan ini, dia langsung tiada kualiti 'ladylike' di dalam diri.

"Eh J, eh tak I jumpa kawan I," balas Adha tergagap-gagap.

"You kata nak jumpa ex you??", soal J garang sambil menjeling aku. "Ini ex ke, kawan?", sindir J lantang.

Dan aku akhirnya bangun, ingin menamatkan semua ini sekarang juga. An awkward situation between me and bunch of girls -- divas wannabe and a silly boyfriend that make a totally big mistake which is -- mess with my life and thus, my heart.

"Okay listen. Saya dengan Adha belum break macam apa yang dia bagitahu dekat awak or what did you called him just now? Izzam? I think nama sebenar dia pun awak tak tahu kan? Its, Izzam Adha, the one that I'd be looking few days ago and you picked up my call saying you didn't even know and even heard the name.

And awak Adha, dah lebih 4tahun kita bercinta and this is not the only girl you flirted with sepanjang relationship kita. I may too blind to believe but I'm not that blind to just eaten up your lies day by day. Or should I say, years by years?

For your information J, I yang mintak break dengan your Izzam but he couldn't let me go. Call saya setiap malam merayu agar saya tak pergi jauh dari hidup dia. If you're so special then, why he never confess to me that you're the one that he need in his life and just kick me away? Why must he still chasing for me till now?

You can read all of his text msgs in my phone. Kalau nak ambil terus pun boleh, I have plentyof this and more. Izzam Adha Khairi, saya pulangkan balik cincin pertunangan kita ni, I can't live another lie with you anymore and you J, may you find your own happiness with him."

Sepantas kilat aku berlalu pergi meninggalkan sekumpulan gadis bersama Adha dan juga telefon bimbit iPhone 6x yang masih belum ada keluarannya lagi di Malaysia. Aku terus melangkah ke kereta Nissan 370Z pemberian abahku dan sempat aku toleh kebelakang melemparkan senyum kepada mereka yang masih tercengang dan ternganga melihatku melangkah masuk ke bahagian pemandu.

Dan selepas itu kedengaran suara-suara perempuan menjerit nyaring mungkin sahaja sedang membasahkan Izzam Adha bekas tunangku dengan secawan kopi milikku yang tak berusik dari tadi.

Mungkin sahaja perempuan bernama J itu tidak tahu kami dah menyulam cinta bertahun lamanya dan perkenalan kami sudah hampir mencecah ke 7tahun. Mungkin juga perempuan bernama J itu tidak tahu yang aku merupakan tunang kepada boyfriend barunya sendiri. Dan mungkin juga perempuan bernama J itu tidak tahu, aku sengaja memilih cafe ini untuk dijadikan tempat perjumpaan pada pagi ini kerana aku dalam diam mengekori mereka berdua dan selalu nampak dia dan Adha bermesra di cafe ini.

Mungkin juga J tidak tahu aku sudah lama tahu kegiatan Izzam Adha Khairi. Yang sentiasa kantoi di dalam mimpiku bersama pelbagai jenis perempuan dan mungkin juga J tidak tahu bahawa tak ada seorang pun kawan aku yang percaya bahawa Adha adalah lelaki sebegini.

Mungkin juga Adha tidak akan menyangka perempuan selemah aku mampu membuat keputusan begini. Dan yang paling penting, mereka tidak akan tahu aku menangis teresak-esak di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang kerana hati aku hancur luluh mempercayakan kata hati aku sendiri yang ternyata telahan aku selama ini benar.

Tangisan aku kini adalah tangisan lega bercampur sesalan yang seharusnya aku menamatkan semua ini dengan lebih cepat dari menunggu dan berdoa agar Adha berubah. Aku tak mampu untuk terus-terusan hidup dengan lelaki yang tak pernah cukup dan tak mampu untuk menyayangi seorang perempuan hingga ke akhir hayatnya.

7years for nothing only memories that remained as my not-so-happy past.