Wednesday, April 24, 2013

Skandal

Lelaki yang berstatus suami kepada seseorang itu menuturkan kata-kata dengan penuh berhati-hati sekali. Alis matanya yang tebal, hidung yang sederhana mancung dan berkumis kemas, mampu membuatkan para gadis menoleh tak lebih dari sekali ke raut wajah yang beriak tenang itu. Bonus dengan kot hitam yang membuatkan penampilannya gah bagaikan lelaki metropolitan yang sering kita lihat dalam kaca tv. Ketinggian yang melebihi 180cm dan badan yang tegap membuatkan beliau kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

10minit sebelumnya, lelaki itu menapak ke sebuah restoran eksklusif dan mencari teman temu janjinya. Setelah terpandang kepada susuk tubuh wanita yang juga persis model, berambut ikal bewarna hitam yang sedang termenung di satu sudut yang agak tersorok di dalam restoran mewah itu membuatkan lelaki itu tersenyum. Cocktail dress yang agak ketat di bahagian dada wanita itu dipandang sekilas sebelum melangkah penuh gaya ke meja yang didudukinya.

Keadaan yang agak tegang dengan riak sombong wanita cantik itu mula berubah. Ternyata lelaki itu pandai menggunakan kuasa yang ada. Kuasa berbicara yang manis untuk didengar oleh halwa telinga. Wanita cantik rambut beralun tadi yang pada mulanya memandang lelaki itu dengan riak marah, kini melebarkan senyum manisnya.

Tiba-tiba, telefon bimbit lelaki itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk tetapi lelaki itu hanya memandang sipi nama pemanggil sebelum meletakkan telefon bimbitnya kepada profil senyap. Wanita cantik itu meminta izin untuk ke bilik rehat dan telefon bimbit lelaki tadi bergetar untuk sekian kalinya. Kali ini merupakan hanya satu pesanan ringkas. Tertulis nama penghantar mesej "Isteriku" dan mesej yang tertera "bila abang nak balik?".

Pantas lelaki itu memadamkan mesej tersebut dan setelah wanita cantik itu keluar dari bilik rehat, lelaki itu mempelawa wanita cantik itu ke rumahnya. Wanita itu senyum malu sambil menundukkan wajah dan menggeselkan bahunya yang terdedah kepada lelaki itu.

Perjalanan yang tidak lebih dari 30minit itu berakhir di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat yang kelihatan gelap. Sambil berpegangan tangan, lelaki itu menjemput wanita berambut alun yang cantik untuk melangkah masuk ke rumah.

"Isteri you mana?", soal wanita itu kepada si lelaki yang berstatus suami. "dia ada dekat rumah I yang lagi satu", balas si lelaki sambil membuka kot hitam nya perlahan-lahan dengan penuh gaya. Wanita cantik itu terus menelan air liurnya semasa langkah lelaki itu makin hampir. Lengan sasa yang membuktikan lelaki itu menjaga kesihatan dan bersenam membuatkan wanita itu makin lemah. Wanita itu hanya mengikut gerak yang diaturkan lelaki itu sehinggalah sampai ke satu bilik tidur yang agak besar di tingkat atas.

Lelaki itu mengucup telinga wanita tersebut membuatkan wanita itu mendengus perlahan dan memejam mata rapat-rapat. Bergelora nafsu nya setelah dilayan dan disentuh sebegitu rupa. "Tunggu kejap, nanti I datang balik", bisik lelaki itu lembut selepas melepaskan tautan bibir mereka berdua dan wanita cantik itu hanya mengangguk. Setuju.

Keluar sahaja lelaki itu dari ruang bilik tidur, wanita itu tedengar bunyi yang datang dari bilik air yang berada di dalam bilik tersebut. Dengan penuh hairan, wanita cantik itu melangkah ke arah bilik air berserta debaran. Belum sempat wanita itu menolak daun pintu, pintu bilik air itu telah dibuka dari dalam dan seseorang telah merempuh wanita itu sehingga wanita itu jatuh. Wanita cantik itu tidak diberi peluang untuk bangun dan terus diikat tangannya dan disalotape mulutnya dan kemudian diseret ke satu kerusi dan badannya diikat pula disitu.






Lelaki yang tadinya meninggalkan wanita cantik itu kembali semula memasuki ruang bilik tidur itu. Melihatkan wanita cantik itu diikat di kerusi membuatkan lelaki itu terus tersenyum. Lelaki itu menapak ke arah seorang lagi wanita yang bertubuh agak comel dan menciumnya rakus. Membuntang mata wanita cantik itu melihat adegan itu. Lelaki kacak itu sedang mencium wanita yang telah mengikatnya di atas kerusi tadi!

"Lambat sangat abang balik, nasib baik habuan cantik", kata wanita bertubuh comel itu kepada sang suami sambil menjeling ke arah wanita cantik itu yang ternyata bingung dengan apa yang terjadi. "Mestilah saya dapatkan yang bagus dan cantik, untuk kita juga", balas suami. Tanpa mempedulikan wanita cantik itu yang duduk diam diikat di kerusi, pasangan suami isteri itu terus melakukan aksi cinta mereka di atas katil tanpa seutas benang di badan.

Setelah selesai urusan mereka, mereka berdua bergerak ke arah wanita cantik itu sambil memegang pisau tumpul di tangan masing-masing. Perlahan-lahan mereka menekan bucu pisau yang tumpul dan berkarat itu ke dalam kulit wanita cantik itu. Meronta wanita itu ingin melepaskan diri dari kesakitan yang azab.

Pasangan suami isteri itu kemudiannya melapah kulit wanita cantik itu dan meratahnya perlahan-lahan sehingga masing-masing terdampar kekenyangan.