Thursday, May 2, 2013

Ulangtahun

Masing-masing duduk menyandar di dinding dengan jarak yang hampir memakan 1meter. Kalau ambil gambar, dah boleh crop dah sorang satu. Tinie menjeling Zaid sekian kalinya sambil mengelap peluh yang membanjiri seluruh badan setelah puas mereka bertumbuk hampir sejam yang lalu. Bertumbuk yang bersungguh.

Air mata yang merembes tak langsung Tinie peduli. Tinie akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam bilik yang menjadi satu-satunya bilik tempat rehat mereka berdua jika mereka tidak bertelagah. Senak perut dan lenguh bahu yang dihadap, ditelan sendirian.

Menjadi pasangan ego dan keras kepala kerap benar meleret ke alam pergaduhan yang tercetus secara sendiri. Tinie si kuat cemburu dan Zaid yang panas baran tetap ingin memenangkan ego dan nafsu syaitan yang sentiasa menghasut untuk bergaduh. Bukan tak sayang tapi, tak siapa faham. Bagi mereka, pergaduhan itu hanya satu jenis ubat kali dalam bercinta. Cuma cara mereka yang berlainan membuatkan orang lain memberi pandangan jelik.

2hari sebelumnya, Tinie ditinggalkan sendirian di dalam rumah cinta mereka membuatkan Tinie tidak dapat mengawal emosi dan menjerit ke arah Zaid dengan tujuan inginkan perhatian. Tinie mana mampu tahan sunyi. Kemana sahaja Zaid pergi, akan Tinie ekori. Tapi 2hari sebelum itu, Zaid busy. Dia dah tinggalkan Tinie cerita-cerita penuh dalam hardisc untuk Tinie tonton bila dia tak ada, tapi biasalah perempuan, emosi Tinie yang kurang stabil membangkitkan amarah Zaid.

Melayan mata yang berat akibat penat bertekak membuatkan Tinie tertidur hampir 3jam lamanya. Tinie terjaga dalam keadaan yang berselimut dan kipas meja yang menghala kearahnya, membuatkan Tinie selamat dalam sejuk dan tak langsung merasa panas. Tinie buka pintu bilik perlahan-lahan sambil kaki menjengket melangkah keluar. Terlihat susuk tubuh Zaid yang sedang tidur lena atas lantai kosong tanpa alasan di ruang tamu rumah cinta mereka.

Tinie akhirnya merenung lama ke wajah manis itu. Tak kacak, tapi manis. Dimana entah aura manis itu, Tinie sendiri pun tak tahu. Tinie melangkah kembali ke ruang bilik dan terpandangkan sesuatu diatas meja berdekatan kipas angin. Kad kecil yang dipotong dari manilakad bewarna hitam sebesar saiz kad-kad nama. Tinie ambil dan baca kad kosong itu yang dihias tulisan kecil pen bewarna silver.

"Selamat ulangtahun, bodoh! :)"


Tinie senyum sambil kaki melangkah ke bahagian ruang tamu semula dan merebahkan badan di atas dada Zaid yang terdedah.