Sunday, August 28, 2011

Titik Noktah.

Kita dah nak habis. Tapi kau apa peduli.
Kita dah nak habis. Tapi kau tak mengerti.
Kita dah nak habis. Tapi kau masih menggeletis menari.
Kita dah nak habis. Lepas ni apa mahu kau ganti?

Raya is coming. And normal lah sesi tag-mentag gambar raya pelbagai posisi bentuk tubuh di fesbuk bermula. Dengan ucapan klishe yang sama, selamat hari raya konon mengharapkan sejahtera, sesi maaf-bermaafan yang tak pernah habis.
Seboleh mungkin raya ni macam kumpul dana. Dana untuk buang semua seteru dan musuh berlumba-lumba.
Lagi ramai manusia ucapkan selamat hari raya, lagi konon banyaklah sahabat yang kau suka.
Lagi konon ramailah peminat yang nak wish raya.

Raya bagi aku hari kemenenangan seagama.
Tapi aku jatuh terduduk sial celaka. Tak adalah menang mana.
Kalau kau orang semua letak DP fesbuk raya, aku tak ada pun baju baru raya.
Sebab raya aku dah mati dari umur aku 8tahun lagi.
Aku hanya percaya pada bulan puasa.
Raya aku tak pernah ada rasa suka ceria.

Jangan nak propa sangat ucap selamat hari raya kalau haram kau tak tahu langsung makna dia.
Oh I'm going to private my wall.
No raya wishes for me.
So, samada kau raya, beraya, sambut atau tak sambut raya, semoga tenang-tenang selalu disisinya.
Kot lah ada yang tercinta, kan maksimum kepuasan berlipat ganda?