Wednesday, July 31, 2013

Lari

Terbongkok-bongkok mereka berempat menyorok di dalam kantin bahagian dapur. Bunyi bising yang dicetuskan oleh Una yang macam orang diserang penyakit gila tadi telah membuatkan pak guard yang bertugas malam itu terjaga seterusnya melilau bersama lampu suluhnya.

Kelibat pak guard yang makin menjauh membuatkan mereka berasa sedikit lega. Cuma Una sahaja yang masih belum stabil mengetuk almari cermin dan berbual dengan bayang sendiri. Nini, Cika dan Alia mengeluh melihatkan keadaan itu. Mereka berempat sepatutnya fly malam ini dan bergegas ke tempat perhentian bas untuk meneruskan misi mereka cuma kini misi agak tergendala disebabkan Una.


"kau tahu dia alergi epal kan, pegi rajin sangat sebelum packing tadi buatkan jus epal sape suruh?", bisik Nini agak keras kepada Cika.
"mana aku nak ingat! dah budak bilik sebelah bg banyak sangat, nak makan mcm tu je tak best,so aku buatkan lah korang air.aku tak sempat cakap apa-apa Una dah bantai minum jus epal tu bergelas-gelas", Cika tergelak sendiri melihatkan Una yang kini seperti sedang bermain piano.

Una yang alergi dengan buah-buahan seperti epal, betik dan tembikai akan berkeadaan seperti orang hilang akal atau mabuk tiap kali termakan atau diberi makan dengan sengaja benda-benda yang berkaitan. Dia akan terus berkeadaan seperti khayal dalam sejam dua sehinggalah setelah diberi ubat, baru beliau akan tidur sehingga berjam-jam lamanya. Cuma situasi malam ini tidak dijangka dan bekalan ubat Una ada di atas meja di dalam bilik mereka yang telah mereka tinggalkan 30minit yang lalu.

Alia menarik tangan Una yang ketinggalan agak jauh di belakang setelah menyedari kelibat pak guard yang menghilang. Mereka berlari ke pintu hadapan dan semakin hampir dengan pagar utama sehinggalah mereka terdengar derap kaki yang berlari seakan-akan mengejar mereka beserta cahaya lampu yang caca marba disuluh ke udara.

"woii jangan lari!!!" jerit pak guard montel itu sambil terus mengejar Nini, Cika, Alia dan Una.

Una yang masih dalam keadaan khayal, telah membaling batu-batu kecil ke arah pak guard tersebut.
"orang minyak, cepat lari, cepat!!!", jerit Una kepada Alia sambil menarik lengan Alia dengan tergopoh-gapah. Cika yang terdengar jeritan Una melepaskan ketawa yang dari tadi ditahan.

Mereka berempat berhenti melepaskan lelah sebentar sehingga Nini mengambil kata putus untuk menyelesaikan misi malam itu seorang diri.

"kau dengan Cika balik asrama dulu malam ni.tolong bawa Una sekali.dah tak sempat.aku terpaksa pergi sorang", dan cepat-cepat Nini meninggalkan mereka bertiga menuju pagar utama.

"kau tercegat apa?tolong lah aku dengan perempuan gila ni, dia ingat kita ni tengah attend parti ke apa?", jerit Alia kepada Cika setelah terlihatkan Una yang tiba-tiba pula seperti memegang gelas sambil jalan tersipu-sipu. Misi mereka untuk fly malam ini untuk menonton wayang larut malam tergendala dan hanya Nini yang berjaya melepasi halangan pak guard dan menceroboh pagar utama.

"esok malam aku tak kira!kita kena jugak tengok Hum Sath Sath Hain!!berempat Nini, berempat!!", jerit Alia kepada Nini yang telah jauh berlari meninggalkan kawasan kampus.