Saturday, July 27, 2013

Sexual Intention

Hariz meninggalkan Efa sendirian di meja restoran itu bersama teman-temannya yang lain. Perhubungan yang menjangkau ke 2tahun setengah itu membuatkan rakan-rakan Hariz mesra dengan teman wanitanya, Efa. Tambahan pula Efa jenis yang cepat mesra dengan semua orang membuatkan Efa tidak kisah untuk bergaul dengan rakan-rakan sepermainan Hariz dari kecil.

Aidan merenung Efa yang rancak berbual dengan Amirul, rakan sekelas dia dan juga Hariz sewaktu zaman persekolahan. Seperti menyedari ada mata yang memandang, Efa bingkas memagung kepala dan sepantas kilat mata bulat milik Efa menyapa anak mata Aidan yang masih merenungnya. Kekok dengan keadaan itu, masing-masing mengalihkan pandangan ke arah lain sehingga Hariz muncul semula di meja makan yang mereka duduki bersama.

Setelah agak lama mereka membuang masa dengan gosip semasa, perancangan masa depan dan hal-hal yang langsung tak ada kaitan, sekumpulan anak muda itu bangun mengangkat punggung dari kerusi masing-masing untuk pulang ke rumah. Hariz yang agak kelam kabut setelah mendapat panggilan telefon dari adiknya telah menyuruh Aidan untuk menghantarkan Efa pulang ke rumah memandangkan jalan yang bakal Aidan lalui, merupakan arah yang sama ke rumah Efa.

Aidan yang agak resah mula menolak untuk menghantar Efa tetapi setelah melihatkan Hariz yang bagaikan tersepit dengan kekangan masa dan juga perihal penting membuatkan Aidan mengalah. Mereka membisu seribu bahasa di dalam kereta. Kekok. Walau sudah 2tahun mengenali Efa sebagai teman wanita Hariz, sahabat baiknya sendiri. Tak pernah mahupun Efa atau Aidan memulakan bicara untuk bercakap sesama sendiri. Keduanya membatu bagai orang asing dan perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya beberapa minit berasa seperti berjam-jam lamanya.

Sampai sahaja Efa di hadapan rumah nya sendiri, Efa pantas mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Sewaktu perjalanan hendak ke biliknya di tingkat atas, Efa menerima panggilan dari Hariz. Comel. Selalu risaukan keselamatannya.

Setelah berjeda beberapa ketika, sliding door di beranda bilik tidur Efa seperti dihentam sesuatu. Efa bingkas bangun dari pembaringan dan menuju ke arah pintu sliding yang terbuka sedikit. Dilihat seperti seseorang di laman rumah Efa sedang membaling batu-batu kecil menuju ke pintu sliding biliknya. Setelah lelaki itu mengangkat muka, cepat-cepat Efa memberi isyarat untuk menyuruh lelaki itu memanjat naik ke biliknya.

Ketinggian aras beranda yang tidak seberapa dibantu pula dengan ranting-ranting pokok milik jiran sebelah yang menjalar hampir ke beranda membuatkan lelaki itu mudah sahaja menjejakkan dirinya di beranda bilik tidur milik Efa. Enggan membiarkan keadaan yang mencurigakan itu terlalu lama, Efa pantas tarik tangan lelaki itu ke arah sliding door dan membawanya menghampiri katil.

Mereka berkucupan seketika membuang perasaan rindu sebelum merebahkan diri bersama-sama ke atas katil empuk milik Efa. Pantas Aidan memeluk tubuh Efa kejap di dalam cahaya lampu yang samar-samar. 2tahun setengah berlalu, mereka masih menyorokkan rahsia yang satu itu.