Wednesday, July 24, 2013

Relevan

Intan melihat satu persatu gambar perempuan yang sedang berposing menghadap kamera hampir seratus-peratus menggunakan gaya yang sama dengan penuh berapi. Sambil menjeling kamar mandi yang dijejak sang buah hati sebentar tadi untuk membersihkan diri, Intan mengeluh sedikit sambil menatap potret wajah yang sama yang datangnya dari salah satu folder dari komputer riba milik sang lelaki. Kenapa simpan lagi? Pusing kepala Intan menahan api cemburu.

Zarul yang baru sahaja selesai membersihkan diri menjeling kekasih hati yang masam mukanya di atas katil tempat rasmi mereka beradu. Tertanya-tanya dengan perubahan mendadak Intan yang secara tiba-tiba membuatkan Zarul terus mengaju soalan.

"you ni kenapa?tadi elok je?tak cukup lagi ke?I boleh lagi ni", soal Zarul dengan penuh maksud tersirat. Soalan Zarul tidak dijawab oleh Intan sebaliknya Intan mengalihkan skrin komputer riba milik Zarul ke arah lelaki itu yang hanya bertuala tidak berbaju.

"Ini..ini apa??kenapa nak kena simpan lagi gambar perempuan ni??you sayang dia lagi kan?habis I ni apa??!", bentak Intan sambil menjerit. Kalau boleh mahu saja Intan mencampakkan komputer riba milik Zarul itu ke lantai tetapi Intan tak sampai hati. File lagu Bruno Mars yang terbaru masih belum habis dimuat turun. Kalau nak campak pun, mungkin selepas lagu itu sudah selesai di bluetooth kan ke telefon bimbitnya.

Zarul terkebil-kebil memandang gambar perempuan yang terbentang di skrin laptopnya tanpa rasa bersalah. "you, I tak perasan pun folder-folder gambar dia ada lagi.I bukan belek sangat laptop I pun.apa kata you deletekan, benda dah lama sayang..", jujur Zarul meyakinkan Intan. Bagi Zarul perempuan itu hanya kenangan silam yang tak pernah langsung Zarul terfikir untuk kebelakang bersamanya kembali. Kini, kekasih hatinya hanya Intan seorang.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Intan menekan shift+del di papan kekunci komputer riba milik Zarul. Ditonyoh-tonyoh nya sepuas hati papan kekunci membayangkan muka perempuan itu berada di bawah jari. Intan tersenyum puas sambil memandang Zarul, agak sinis.

Setelah beberapa jam mereka melempiaskan nafsu terhadap diri masing-masing, Intan mengemaskan dirinya serapi mungkin. "I balik dulu,kang bising kawan I kalau I tak tidur rumah lagi malam ni", bisik Intan di telinga Zarul sambil mencium hidung mancung milik Zarul. Zarul hanya mengiakan dan tersenyum, penuh bahagia.

Intan yang sudah beberapa tapak berada di luar rumah sewa milik Zarul pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Fashla.

Intan: "Zarul tengah tidur.datanglah sekarang"

Fashla: "aku dah memang ada dekat bawah apartment ni"

Intan: "tunggu aku turun dulu baru kau masuk"

Fashla "ok"

Pantas Intan memboloskan diri di dalam kotak lif yang kosong tanpa sesiapa. Setelah beberapa ketika menunggu, terdengar beberapa bunyi das tembakan dilepaskan di aras 5.

Intan: "dah?"

Fashla: "beres"

Intan: "okay, lepas ni nak kemana?"

"kita balik rumah kita", jawab Fashla sambil memegang erat pinggang ramping milik Intan.