Friday, July 26, 2013

An intruder from a pale light.

Lorong kecil yang serba serbi gelap tanpa cahaya itu diredahnya tanpa ada perasaan risau dan takut terdetik di hati. Bau-bauan kurang menyenangkan membuatkan dia kerap kali menutup hidung menggunakan tangan kanannya. Sehinggalah hampir sampai ke satu lengkok kecil membuatkan langkah dia berhenti.

Terdapat beberapa manusia yang berada di situ berkumpul beralaskan kotak terbiar yang telah dibuka lipatannya. Dalam diam, dia mengintai sekumpulan mereka yang berada di situ tanpa mencetuskan sebarang bunyi yang bakal menarik aksi. Belum sempat dia menghampir, lengan kiri nya direntap dari arah belakang oleh seseorang. Aduh! Sakit!

"siapa hantar kau kesini?", tengking lelaki berbadan sasa itu. Dia mengumpulkan kekuatannya lalu memberi serang balas menggunakan arm lock. Ditumbuknya kemudian perut lelaki sasa itu sehingga lelaki itu menunduk lalu dihayunkan secepat kilat kaki kecilnya ke celah kangkang lelaki itu. Akhirnya lelaki itu jatuh tapi cuma seketika.

Dia ingin berlari tanpa dia sedari lelaki sasa tadi mengejarnya dalam kelajuan yang pasti. Lelaki itu menarik tocang rambutnya dan mencengkam lehernya dari arah belakang. Belum sempat dia ingin membalas serangan lelaki itu, lelaki tersebut tergapai-gapai butuhkan udara dan melepaskan cengkaman kuat di lehernya sehingga dia terjatuh.

Lelaki sasa itu kemudiannya seperti terapung di udara, seolah-olah ada jembalang ghaib yang lagi hebat kuasanya mampu mengangkat tubuh yang mungkin seberat kepala lori dengan sebegitu rupa. Beberapa saat selepas itu, lelaki sasa itu jatuh terkulai menyembah jalan tar yang penuh lubang-lubang kecil di lorong gelap itu.

"I can defend myself!", jerit dia keudara sambil mengaturkan langkah dengan lebih laju ke arah sekumpulan manusia tadi. Sambil menggengam erat sepucuk pistol di dalam genggaman tangan kiri.